Berniaga Bukan Sekadar Wang
Sepanjang Ramadan ini merupakan bulan rezeki bagi peniaga-peniaga.Tidak kiralah di bazar-bazar,berniaga pakaian, kuih muih dan sebagainya.Boleh dikatakan mencurah-curah rezeki Allah limpahkan kepada mereka semua.Alhamdulillah.
Sebelum ini banyak kita baca di media-media sosial tentang ramainya pelanggan bazar Ramadan yang kecewa apabila juadah yang dibeli,dihidang dan apabila masuk waktu iftar sangat hampa kerana ada yang basi, tiada rasa dan sebagainya.
Baru-baru ini, adik ana yang sedang hamil amat teringin makan biskut samprit dan berkesempatan ke sebuah pasaraya di Ipoh, beliau telah membeli sebekas kuih samprit dengan harga RM25. Apabila dibawa pulang ke Taiping dan membukanya, sangat kecewa kerana biskut-biskut yang dibahagian tengah bekas hampir kesemuanya hangus.Ia seolah-olah sengaja di letakkan ditengah supaya pelanggan tidak perasan.Seolah-olah satu penipuan disini.
Adik ana menghubungi semula no telefon yang ada pada label bekas dan pada mulanya pihak penjual tidak melayan panggilan namun setelah didesak akhirnya mereka meminta maaf.
Tujuan ana kongsikan disini bukanlah untuk menutup rezeki peniaga cuma sekadar peringatan buat ana dan semua yang singgah disini, bahawa apabila kita berniaga, berniagalah dengan jujur dan bukan sekadar mengaut keuntungan wang ringgit semata-mata.Berniaga adalah sumber rezeki yang paling mulia tetapi perlu difahami bahawa selain mendapat keuntungan wang kita juga akan dinilai pahala amalannya.Berniaga makanan misalnya merupakan suatu ibadah apabila seseorang yang sedang berpuasa menikmati juadah jualan kita untuk berbuka.
Semoga sama-sama kita muhasabah diri agar tidak berniaga berkiblatkan keuntungan dunia semata-mata kerana setiap amalan kita akan tetap ditimbang di akhirat kelak.Waallahu Alam..
~berkongsi pengalaman disini~
26 Comments
gitu sekali dorang beniaga?..ishish..tak elok,kan..
ReplyDeleteentah kan Sue, tak tahu lah dimana silapnya
DeleteAkak pun baru terkena juga ana. Kueh sample bkn main sedapnya..yg dioder rasa tepung dgn gula saja..:(
ReplyDeleteYang tu lagi satu kes kakyon, memang sering kali terjadi..macam2 manusia ni kan..
DeleteErmm...betul tu kak ana. Meniaga kena bersungguh, baru dapat berkatnya..
ReplyDeletesepatutnya begitulah Sal, tapi nama lagi manusia kan ,ada kalanya sifat2 yang tak baik mengatasi akal fikiran..
Deleteassalamualaikum ana...betul tu kena buat betul2...:)
ReplyDeleteWaalaikumsalam mama, seharusnya jujurlah dalam apa juga urusan kan..
Deletebetul tu Ana, kadang2 mmg pelik..saya pun pernah beberapa kali terkena. Itulah kann...bila kita tak fikirkan konsep keberkatan...
ReplyDeletebarangkali tak sempat nak fikir dah Linda, dalam kepala fikir keuntungan semata
Deleteteruknya..harga dah consider mahal..saya beli di RnR Sg Petani..rm14 sedap je
ReplyDeleteMahal jugalah pada kak ana Suki kan..banyak tu RM25.
Deleteteruk betul peniaga ni.. Tapi kalau pkerja dia yg buat silap x blh nak salahkan dia jugak.. Tapi dia patut terima aduan pelanggan dan ganti yg baru..
ReplyDeleteJemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
kemungkinan juga ejulz, kerana itu kak ana tak dedahkan pemiliknya, kak ana tak mahu menutup rezeki org, cuma ambil iktibarlah ketika berjual beli ni..
Deleteitulah kan..mereka tak rasa bersalah ke masa buat camtue..
ReplyDeleteentahlah cahaya nur, mungkin terlepas pandang tapi cara susunan dengan menyembunyikannya dibelakang label tu seolah disengajakan..Waallahu Alam..
DeleteBetul tu kak Ana. CP pun jual cookies juga tapi tak sanggup nak buat macam tu. Kadang-kadang geram juga dengan orang yang tak jujur ni.
ReplyDeleteTak semua insan berhati tulus macam CP dan rakan2 niaga yang lain, mungkin matlamatkan keuntungan wang ringgit semata, takut rugi agaknya..:)
DeleteTak sepatunya perkara seperti ini berlaku. Masyarakat kita belum amanah dengan diri sendiri
ReplyDeletebenar tu aRz, meletakkan amanah pada diri sendiri ada ketikanya cabaran yang paling kuat untuk diatasi..
DeleteHarganya seakan agak mahal sedikit.
ReplyDeleteagak mahal juga berbanding dengan yang berada di pasar-pasaraya lain..dijual di kiosk di pasaraya di Ipoh.
Deletedahlah mahal hangus lak tuh...sebab tuh sy lebih suka buat sndri puas hati kak
ReplyDeletememang puas hati bila buat sendiri kan mimi.. :)
DeleteNak berniaga nak cepat untung..sekali tu jelah orang nak beli..Nak jual kena jujur kan, baru org selalu beli
ReplyDeletekak ana setuju dengan cikdelima merah..untung pun kena audit gak di akhirat kelak kan..
Delete