Majlis Persandingan Hafiza & Hafiz

by - Sunday, August 17, 2014


Selamat Pengantin Baru buat Hafiza dan Hafiz, puteri sulung kepada Kak Ani dan Chef Abang Lan, yang merupakan kawan rapat kami.Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada 9hb Ogos 2014 yang lalu di Taman Bayu Permai, Rawang,Selangor.

Selamat pengantin baru Hafiza & Hafiz

Sebelum ini ana pernah kongsikan majlis pertunangan Fieza di DISINI yang telah berlangsung bulan Februari 2014 yang lalu.Alhamdulillah kini mereka telah selamat diijab kabulkan dan semoga ikatan cinta ini akan terus bersemi hingga ke Jannah.. Amin.


Berseri wajah kedua mempelai

Majlis yang indah dan meriah ini dihadiri oleh sanak saudara dan rakan-rakan dengan dijamu hidangan yang disediakan oleh rakan-rakan chef dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat dimana ayahanda Fiza bekerja.Pasti semua juadahnya sangat enak dan meriah dengan pelbagai cenderahati yang disediakan sendiri oleh ibu pengantin, Kak Ani yang sangat kreatif.Dari bakul telur yang dianyam dari kertas hinggalah bunga-bunga telur yang dibuatnya sendiri.Berikut ana kongsikan beberapa keping foto sekitar majlis.

Pelamin tersergam indah dengan tema warna hijau putih


Kek pengantin dari Riverside,PWTC

Sebahagian dari probs untuk majlis

Bacaan doa dari adik lelaki pengantin, Fazley..

Adinda-adinda pengantin dengan 'flower crown' yang cun melecun

Isteri-isteri Chef ,Kak Nora & Kak Aini (BFF ana lah ni..)

Sekali lagi ana doakan semoga kedua pengantin sentiasa didalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt dan bersama membina mahligai hingga hujung nyawa.Amin.


~berkongsi kasih sayang disini~

You May Also Like

22 comments

  1. Selamat pengantin baru semoga babagia berkekalan selamanya

    ReplyDelete
  2. comel pengantinnye... pelamin pon cantekk

    ReplyDelete
  3. Cantiknyalah pengantin perempuan.. :)

    ReplyDelete
  4. cantik2 belaka.. pengantinnya pon cantik2.. selamat pengantin baru.. :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kan Sha..kak ana pun perasan dari depa bertunang lagi..Hafiza dan Hafiz..semoga jodoh mereka berkekalan..amin.

      Delete
  6. selamat pengantin baru..semuga kekal bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  7. selamat pengantin baru,moga bahagia hingga ke syurga..aamiinn

    ReplyDelete
  8. wah...best,best. ni yang teringin nak kahwin ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Sal..bila tu..jangan lupa ajak kak ana tau..:)

      Delete
  9. selamat pengantin baru kpd dua mempelai

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Haha...best kan CN raja seharilah katakan..:)

      Delete
  11. tahniah dan selamat pengantin baru wahai pengantin..biar sampai di akhirat sana

    ReplyDelete