sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 20 Oktober 2014

Buah Limau Bali


Buah limau bali

Nama lain bagi buah limau bali:

Menerusi perkongsian ana dalam 'group' Buah dan Bunga di FB, ana ada membuat pertanyaan jika ada panggilan atau nama lain selain dari buah limau bali.Berdasarkan jawapan yang diterima, rupanya banyak nama lain yang diberi kepada buah limau bali selain dari pamelo dalam bahasa Inggeris.

Lain negeri lain panggilannya, antara yang ana terima komen-komen ialah ia juga dikenali sebagai buah limau Tambun, limau kedangsa, limau abong, limau bom dan yang agak unik diberitahu masyarakat bajau memanggilnya limau lukban.

Banyakkan nama-nama yang belum pernah kita dengari dan menerusi perkongsian kita akan dapat mempelajari sesuatu yang baru, Alhamdulillah.

Jenis buah limau bali: 

Berdasarkan pengalaman ana, limau bali ada dua jenis iaitu yang berisi merah dan putih.Lazimnya limau bali yang isinya berwarna merah lebih manis dari yang berwarna putih.Kedua-dua jenis limau bali ini perlu disimpan sehari dua sebelum dikupas untuk di makan supaya dapat menghilangkan rasa pedar dari kulitnya.

Buah limau bali (Google Image)

Ada juga yang mengatakan kulit limau bali boleh di jadikan halwa dan sebagai manisan.Ana tidak pernah mencuba atau merasainya lagi.Dan sesuatu yang kelakar untuk dikongsikan disini ialah ketika kami kanak-kanak dahulu, selepas mak mengupas kulit limau bali , kami akan jadikannya seperti topi keledar atau helmet dan sepupu-sepupu akan bermainnya sambil menganyuh basikal.

Google Image
Tempat yang sangat sinonim dengan buah limau bali ialah di Ipoh, Perak. Menjadi satu kemestian jika berkunjung ke bandaraya Ipoh pasti pengunjung akan membeli buah limau bali.Oleh kerana itu juga limau bali di sana dikenali sebagai limau Tambun kerana kebanyakan ladang limau bali terletak di Tambun, Perak.


~berkongsi info disini~

26 ulasan:

  1. assalamualaikum ana..sedap buah limau ni..masa kat kg dulu arwah abah ada tanam pokoknya...bila dah masak petik jer...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, memang sedap ,paling best bila zess dia pecah dalam mulut hehe :)

      Padam
  2. suka gak limau bali, tapi kalau tak pandai pilih dapat yang pahit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal, pahit sebab tak cukup masak, tak pun sebab tak cukup simpan sebelum di kupas ,kalau tak memang ok..ikut pengalaman kak ana lah ..:)

      Padam
  3. Anaaa....nolstalgia limau ni...kegemaran arwah orang tua kak..kat tempat kak susah nak jumpa yang betul2 Bali. Sejuk..lembut..manis...sedapnya!
    Limau gedangsa tu..kalau kat kg kak bukanlah limau bali. Ia sejenis limau biasa ada warna merah dan putih. Tapi bila masak dia tidak 100% manis macam bali. Dia masam2 manis. Makan dengan sambal belacan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa ye ke kak Mala, bukan spesis limau bali lah ye, ana pun dapat dari komen rakan2 di group fb, terima kasih perbetulkan..memang sedap sangat kak Mala,di kampung ana ada pokoknya, terkini ana beli semasa ke Kuala Pilah ,murah sangat 3 biji RM10 je masa tu...:)

      Padam
  4. dah lame xmakan limau bali..sedapnyee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..pas ni kena gi beli anizz.. :)

      Padam
  5. ok terliyoq..haha.. lama dah tak mkn limau bali

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe cikgu, pasni gi cari kay..hehe :)

      Padam
  6. Salam ana, tiba2 teringat kenangan masa zaman bujang dulu kerja di ipoh, memang selalu singgah gerai limau bali ni. Emmm, dah lama tak makan limau ni. Sesekali makan memang sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo aina pernah bekerja di Ipoh ye, memang femeslah limau bali di tambun tu, ana dengan anak bongsu tu memang suka makan limau bali ni..:)

      Padam
  7. Masa kecik2 selalu beli otw balik Kampung

    BalasPadam
  8. salam kenal dan salam ukhwah,
    baca n3 ni teringat halwa kulit limau bali yang selalu arwah nenek buat...memang sedap...tapi dah tak da sapa buat dah la ni....sayang, masa nenek buat dulu tak ambik pot,,, la ni baru rasa missed!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada ye @na halwa kulitnya, sayang nya tak sempat belajar dengan arwah nenek ye, sekarang ni tak pernah jumpa dah kan.. terima kasih singgah :)

      Padam
  9. Kat Kedah kebanyakan dari Siam..kat Changloon banyak jual sepanjang jalan kalau balik dari Bukit Kayu Hitam. CP suka beli dekat Hentian Bukit Gantang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya buah-buahan ni banyak yang datang dari Siam pun kan CP merata tempat sampai buah2 mereka.. :)

      Padam
  10. Balasan
    1. memang kadang payah nak jumpa buah limau bali ni zuriey

      Padam
  11. Balasan
    1. buah ni kadang2 bermusim gak Suki, payah nak jumpa dah..

      Padam
  12. belakang rumah saya ada tanam.
    tapi kena balut dengan plastik.
    kalo tak kena gigit dengan serangga.
    nati x masak lagi dah luruh..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu nick, kadang2 serangga sering merosakkan buahnya, untunglah ada pokok sendiri kan.. :)

      Padam