sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 16 Oktober 2014

Dari kampung halamanku (2)



 Disini segalanya bermula, di rumah pusaka arwah datuk dan opah inilah ana dibesarkan dan mengenal erti kehidupan.Rumah pusaka ini semakin di mamah usia namun seluruh hidup ana, ia menyimpan seribu satu kenangan sepanjang hayat.

Hari ini ana kongsikan kuntuman-kumtuman segar yang menghiasi rumah usang kami, yang mengindahkan halaman kami, yang menyerikan pandangan kami.Dari semasa arwah opah masih ada lagi, keliling rumah ini ditanam dengan pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan buah-buahan kerana itulah hobinya.Kini mak dan mak saudara ana yang mewarisinya dan menjaga dengan penuh kasih sayang tinggalan arwah opah.Bukan harta wang ringgit atau emas permata tetapi pohon-pohon disekelilingnya.

Disinilah setiap kali cuti panjang, musim perayaan atau kenduri kendara kami semua akan berkumpul.Suasana yang sangat kami nanti-nantikan sentiasa. Sebelum ini pernah ana kongsikan sebuah entri musim buah-buahan di sini.Kepulangan sempena Aidil Adha lalu tiada musim buah-buahan jadi ana kongsikan kuntuman segar di sekitar rumah pusaka kami.



 Bunga alamanda coklat dan pokok-pokok buah naga hasil tinggalan arwah bapa saudara ana.

pohon akar dani yang harum mewangi

Tapak kuda yang masih menjalar di hadapan rumah











Pokok ceri kampung nilah tempat kami lepak petang-petang.Jika dahulu buah ceri ini pun jadi kudapan.Ada sesetengah foto-foto di atas pernah ana kongsikan di Instagram kerana ketika pulang Aidil Adha lalu tidak teringatpun nak ambil gambar pokok-pokok bunga, sibuk dengan aktiviti makan minum dan berbual sakan.


~berkongsi keindahan alam disini, dari kampung halaman ana~

32 ulasan:

  1. Terasa tenang dan aman bila berada di kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah bezanya kampung dan bandar kan CP, rumah arwah tok ni jauh dari jalan raya, masuk ke dalam,jadi malam2 memang bunyi cengkerik jelah yang didengari hehe :)

      Padam
  2. cantik2 semua.. anis byk yg xtau nme bunga2 nie..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. anizz..kak ana pun banyak yang tahu, ikut je apa yang mak kak ana panggil..hehe

      Padam
  3. salams kak ana,
    untungnya rumah opah masih ada lagi....rindu2 boleh balik kampung...
    suka sangat tgk bunga-bunga yg ditanam....alamanda coklat tu cantiknya.....1st time tgk, biasa kaler kuning kan......unik ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah mieja, rumah tinggalan pusaka ni..sinilah tempat kami berkumpul semula, memang 'rare' alamanda tu,jarang juga dijumpai.. :)

      Padam
  4. assalam ana..dapat tengok ceri kampung yang merah tu pun dah buat acik teringin nak makan..dulu masa dok Tg,Karang..ada pokoknya..kadang sampai tak sempat nak merah..asek intai dan ambik masuk mulut je..baru ada merah sikit pun dah ambik..acik suka..sedap dan manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedapkan acik, ada biji2 kecil dalamnya, itulah kalau dulu berebut dengan burung hehe..:)

      Padam
  5. Balasan
    1. suki, bunga2 ni jarang dijaga sangat namun hidup subur mekar mewangi hehe :)

      Padam
  6. ada bunga yang saya tak pernah tengok..jakun pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah Mar, bunga2 dari kampung ni hehe

      Padam
  7. Macam redup je suasana kat kampung tu. Banyak pokok dan bunga. Dah lama tak makan ceri kampung tu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah memang redup gak lah yati, masih dikelilingi pokok2 buah2an..wah minat juga ye dengan ceri kampung tu ..:)

      Padam
  8. seronoknya tengok kampung Ana. Bunga segar2 belaka. Kak suka bunga bauhinia. Dah tanam tapi licin dimakan kambing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang sempat ana kongsikan Kak Mala, walau tak seindah taman Kak Mala, suasana kampung ana sederhana sahaja.. :)

      Padam
  9. Tumpang gembira tengok saudara-mara yang bersatu hati menjaga rumah pusaka tinggalan arwah ibubapa mereka, kerana sesetangah orang bila ibubapa dah tiada lagi rumah pusaka pun tinggal begitu sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah mak dan abah kak ana masih ada di sana,rumah ni dijaga bersama dengan ibu saudara.. :)

      Padam
  10. salam perkenalan ana.... bestnya rumah di kelilingi dengan pokok2 segar. rasa sejuk je mata memandang.

    BalasPadam
  11. napak sejuk je rumah kampung ni, seronok ! :)
    ingatkan bunga alamanda tu bnga gergasi tadi
    macam rafflesia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah Tihara, fotonya yang besar hehe..terima kasih :)

      Padam
  12. Rasanya mungkin akan betah tinggal dirumah seperti itu, banyak bunga bunga yang indah

    BalasPadam
  13. cantiknya kampung kak ana..saya pun suka tengok bunga, hehe, biasalah pompuan

    blognisalpunya.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah Sal kan, gadis dan bunga..Sal lah gadisnya hehe :)

      Padam
  14. Balasan
    1. terima kasih Linda, biasa2 je kampungnya Linda :)

      Padam
  15. Seronoknya kampung.. samala kat kg ade pokok buah ceri tu.. pokok tu mmg redup kalau buat tempat berteduh, buh pangkin tempat lepak petang2 makan ABC.. wah syahdunyaaa...~

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah amir, dulu ada pangkin tu tapi dan runtuh lama sangat dah... hehe :)

      Padam
  16. Besarnya bunga Alamanda, baru pertama kali saya lihat.
    Saya dapat bayangkan nyaman persekitaran rumah di kampung Ana.
    Seronokkan bila berada di kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lynn Munir, tak lah besar sangat foto tu close up je kan..hehe, tq suasana di kampung halaman memang jauh lebih tenang dari hiruk pikuk metropolitan.. :)

      Padam