sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 26 Februari 2015

Bunga Orkid Ni Unik..



Bunga Orkid yang unik

Lazimnya bunga orkid akan berbunga tegak dari pokoknya dengan pelbagai warna dan spesis yang berbeza, namun pokok bunga orkid ini bunganya berjurai ke bawah, bersaiz kecil dan harum mewangi.Pokok orkid ini pernah mak ana miliki namun telah pupus benihnya di laman rumah pusaka kami.Gambar ini ana ambil dari rumah jiran adik ana, di Teluk Intan. Sayangnya hanya ketika hendak balik ke Rawang baru ana terpandang bunga orkid milik Kak Maimunah yang tiada di rumah pada ketika itu.Jika tidak dapatlah ana kongsikan keindahan bunga orkid ini secara dekat kerana ana hanya sempat mengambil gambar dari luar pagar.

Bunga orkid ini berdaun lebar dan ditanam di dalam pasu atau sabut kelapa secara tergantung kerana kuntuman bunga-bunga indah ini akan berjurai ke bawah.Baunya amat harum, seakan-akan haruman kelopak cempaka.Warnanya kuning cair dan dibahagian dalamnya berwarna putih.




~berkongsi keindahan bunga orkid yang unik disini~

26 ulasan:

  1. lama dah tak tengok spesis bunga ni semuaa. dekat sini tak dek orang tanam bunga. heheheh ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke nani... bunga plastik ada kut :)

      Padam
    2. Kat kg, mak irra suka tanam pokok bunga. Tapi anak dara semua dh jadi milik org. Hihihi kan org kata tanam bunga ni anak dara ramai..

      Padam
    3. laa ye ke, mak kak ana pun banyak tanam pokok bunga tapi anak daranya kak ana sorang je hehe :)

      Padam
  2. Sekali tengok macam bunga yang orang India pakai kat sanggul atau leher mereka tu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Kak cik...baunya pun wangi sangat.

      Padam
  3. hilang plak komennye...

    Assalamualaikum ana... td dah komen tgk2 xsign in lagi.. terus hilang komennye....

    bukan per ana, terpanggil utk komen sebb tgk bunge orkid tu.... kalo balik t. intan nnt dptkanlah yer anak benihnye... minat pulak tgk orkid yg ade bau ni... sy pun baru berjinak dgn orkid ni.... heee....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... ok In Shaa Allah...kalau ada nanti apa salahnya..zaiman Z, boleh email ana utk tinggalkan contact ye : anajingga72@gmail.com :)

      Padam
  4. memang lain dari yang lain bunga orkid tu..mesti mahal harganya tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga ana tak pasti DR sebab ni memang dah lama ada jenis ni di kampung halaman ana :)

      Padam
  5. 1st time nmpk orkid unik mcm ni... cantik...

    * blog lia da private, kalau sudi nak baca lagi, bole la drop emel address di emel marlia171@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq lia, ok In Shaa Allah nanti kak ana email ye :)

      Padam
  6. bunga ni lain . macam bunge ap tah yg kecik2 tuuu

    BalasPadam
  7. ishh cantiknyee..memang unik kak na :)

    BalasPadam
  8. Baru ni masa karnival orkid ada tengok spesis ni..tapi.mahal diaorang jual..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang CP kalau kat karnival atau pameran memang mahal depa jual :)

      Padam
  9. Irra tangan panas. Tanam apa tak jadi. Panas campur panas cuaca dan Malas sama kot.. Hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang Irra kena rajin baru boleh menjadi pokok2 bunga ni :)

      Padam
  10. Hehehe orkid ke tuu..naper bunganya nampak lain ,.macam bunga yang wangi tuuu alaaa bunga apa ya..ha ahh bunga tanjung kak ana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan macam bunga tanjung sikit-sikit rupanya Lya :)

      Padam
  11. waahhh nampak mcm bunga malai yang kaum india ikat dan selalu letak kat rambut tu pun ye jugak.. ni kalau tunjuk kat mak mentua saya mesti dia suka hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan Eny lebih kurang macam tu lah, bunga malai dari bunga melur tu kan, dah lah baunya pun seharum melur tu :)

      Padam
  12. Hai ana... apa2 pun akak cari mesti termasuk rumah u. Tahniah sbb maklumat mcm2 ada. Hehe. Rasanya nama orkid ni indian ladies. Kononnya berbunga time raya deme thaipusam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah, Alhamdulillah che dai, terima kasih semoga setiap perkongsian ana dapat sampai kepada pencari nya.. OO ye , itu namanya kami tak pernah tahu pun che dai, tapi dari segi rupa paras dah ala-ala bunga di hiasan rambut kaum india dah kan :)

      Padam