sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 28 Februari 2015

Menu Dari Nenas


Agar-agar nenas:

resepi agar-agar nenas
Agar-agar nenas

Jiran ana sering kali memberi buah nenas madu yang dibawa dari kebun keluarga mereka di Johor Baharu. Minggu ini sahaja dia telah memberi ana dua biji buah nenas. Setakad ini pelbagai menu telah ana buat dari buah nenas seperti di makan mentah sebab ianya manis, dijadikan sayur lemak dengan ikan masin, dibuat pajeri, dijadikan jus nenas dan juga dibuat acar bersama timun.Semalam ana mendapat idea untuk mencampurkannya ke dalam agar-agar yang sedap dimakan ketika cuaca panas terik sekarang.Lalu terhasillah agar-agar nenas.


resepi agar-agar nenas


Buah nenas, ana potongkan dadu kecil-kecil. Didihkan sepeket agar-agar kering, masukkan gula. Kemudian masukkan nenas yang telah didadu sehingga agak lembut teksturnya.Akhir sekali masukkanlah satu tin susu cair dan matikan api. Tuang kedalam acuan dan sejukkan. Sedap di makan sejuk dengan rasa masam-manis dan lemak susu. Sangat mudah untuk disediakan.


~Selamat mencuba~

30 ulasan:

  1. belum pernah kaknoor buat agar2 letak nenas ni boleh cuba suatu hari bila ada nenas yg banyakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai kak noor, malulah ana dengan pakar masakan macam kak noor lagilah pandai mencipta resepi..hehe :)

      Padam
  2. Balasan
    1. ok KC jap lagi kak ana hantar ye :)

      Padam
  3. Salam..
    idea yang bagus ni...boleh buat nanti..pokok nenas ada dua pokok tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Bunda, bolehlah kalau Bunda nak mencubanya :)

      Padam
  4. Salam,

    Saya nak minta tolong review applikasi android ini boleh?

    Syarat kena install lepas itu review..
    Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.

    Link ada dibawah ini

    New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

    Terima kasih

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Ok nanti kak ana hantar ye Aniss kita tkar dengan putu bambu :)

      Padam
  6. sedapnyaaa kak ana. nani pernah buat guna mangga yang kuning tu. sama jugak cara dengan kak ana tapi pakai agar agar yang kering tuu ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Nani, adjustkan saja resepi agar-agar ni sebab mudah dan ringkas kan,sedap pula tu :)

      Padam
  7. masa baca entri kak ana ...bab pajeri nenas tu buat air liur nak melelah..lamanya tak makqn pajeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti suh mamaD buat pajeri nenas lepas ni PCL :)

      Padam
  8. alahai pnas panas tengok pula agar agar nenas pergh memang sedap tak terkata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Puteri suka ni sebab lembut je kan hehe :)

      Padam
  9. Sebelah tempat kak bila waktu kenduri ada yang buat manisan..masak nanas dengan air gula selain dibuat acar. Kak pula suka potong kecil2 masak dengan air, daun pandan dan gula. Bila sejuk taruh ais ketul. Sedap dan segar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo macam air nenas lah kiranya kan kak Mala, bolehlah lepas ni kalau jiran bagi nenas ana cuba resepi kak Mala pula nanti.

      Padam
  10. mmmm.. sedapnya kak ana.... abah zizie selalu beli nanas sebab zizie suka makan nanas ngn rojak buah... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu pun sedap gak ZZ makan dengan kuah rojak kan :)

      Padam
  11. Wahh bestnyerrr nnt lya nak buat la ikut resipi kak ana hehehe ..tq tq tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Lya senang sangat ni tak yah resepi pun boleh hehe:)

      Padam
  12. Tiba2 tngat gulai lemak nenas ikan masin mak sy...bsok nk mnta mak masakla..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai kesian nya Sham, erm memanglah masakan mak tetap nombor satu kan hehe :)

      Padam
  13. Makan sejuk-sejuk sedap ni. Kena pula cuaca panas sekarang. Nak sedap lagi letak ais krim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm memang sedap time panas2 ni CP :)

      Padam
  14. aku belum pernah nyobain dengan menu dari nanas ini :( pasti enak iya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. enak sekali Ipah, boleh dicuba ya :)

      Padam
  15. Faveret saya juga kak Ana nenas ni.. masuk dalam apa pun semua saya suka hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Eny lagilah lebih kreatif dalam masakan ni :)

      Padam