sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 12 Mac 2015

Buah Binjai


Buah Binjai :

 

buah binjai
Buah Binjai
Hari ini ana nak kenalkan satu lagi buah yang rasanya ramai anak-anak masa kini tak kenal, tak pernah lihat dan tak pernah rasa. Inilah yang dikenali sebagai buah Binjai.Sejenis buah yang semakin pupus dan tak mudah lagi untuk ditemui khasnya dibandar-bandar besar di tanahair kita.

Jika dahulu, dibelakang rumah arwah Tok di Teluk Intan terdapat sepohon pokok Binjai.Kini memang dah tak wujud lagi dan memang payah untuk melihat buah Binjai kecuali kadang-kadang ada terdapat dijual di pasar besar Teluk Intan di bahagian sayur-sayur kampung.

Buah Binjai ni rasanya ada dua iaitu yang teramat masam dan ada juga jenis yang agak manis. Sebelum ini, ana hanya pernah merasa buah Binjai yang teramat sangat masamnya.Walaupun ana peminat buah-buahan masam seperti mangga muda,kedondong dan sebagainya,namun ana kalah dengan kemasaman buah Binjai.Kalau dahulu mak akan mencampurkan potongan buah Binjai ini ke dalam sambal belacan untuk di makan dengan nasi.Memang itulah sahaja yang ana tahu tentang menu dari buah Binjai.

Baru-baru ini, jiran ana ada memberi dua biji buah Binjai yang menurutnya sangat manis.Mula-mula agak curiga juga untuk dimakan mentah kerana kurang yakin ada jenis buah Binjai yang manis.Ana rasa sepotong dahulu dan ternyata benar, isinya manis.Inilah pengalaman pertama merasai buah Binjai yang manis dan boleh dimakan begitu sahaja.


~berkongsi kisah buah Binjai disini~

30 ulasan:

  1. Cik Candy pernah rasa buah nie. Sekitar kg memang sng nak dapat.

    BalasPadam
  2. Sha pernah dengar nama buah binjai aje, tak pernah tengok & makan pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib baik pernah gak dengar namanya Sha :)

      Padam
  3. wana suka makan buah binjai..kak buat jeruk pun sedap juga ni kak ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. cn pernah jumpa jeruk binjai gak

      Padam
    2. Wana, jeruknya kak ana tak pernah rasa lagi, CN pernah jumpa gak ye :)

      Padam
  4. Tak pernah nampak pun buah macam ni apatah lagi merasanya. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm tu lah Pojie, kak ana kata dah ramai yang tak kenal buah binjai ni, so hari ni kak ana kenalkan kay :)

      Padam
  5. pernah dgr nama tp xpnah tgok..rasa jauh sekali la..hehe

    zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha norsalihah rasanya masam sangat, jarang jumpa yang manis nya :)

      Padam
  6. binjai ni abah alise makan dengan sambal ketok dengan nasi panas.. bertambah makan.. tapi alise lom penah rasa lagi.. bau dia kuat sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sambal ketok tu smbal belacan ke alise? ada bau ke, agaknya alise kompius dengan bachang kut.. tak pasti kak ana .

      Padam
  7. Mrs. A pernah rasa yang masam emak buatkan jadi sambal binjai makan dengan nasi ummm... yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya buat dengan sambal kan Mrs.A :)

      Padam
  8. buah binjai ni macam buah kemang ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm buah kemang kak ana tak pernah dengar pula mimin :) mungkin sama kut utk daerah lain, lain pula panggilannya :)

      Padam
  9. Rasa mcm xpernah jmp buah ni..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai juga yang tak pernah jumpa irra ,dah makin 'rare' sekarang ni :)

      Padam
  10. Balasan
    1. kan Leyla :( masam bangat ni hehe .

      Padam
  11. sedap ke kak ? tak pernah makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. taklah sedap, masam je rasanya :)

      Padam
  12. sedap eh kak Ana, saya tak pernah makan.. kat rumah tok pun takde.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masam Eny, tak lah sedap sangat,memang dah 'rare' sangat sekarang ni .

      Padam
  13. Kat kelantan ni ada nama tempatnya Binjai. Sebabnya ada pokok binjai tapi tak pernah jumpa pun buahnya. Ni 1st time tengok buah binjai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ye nama tempat Binjai, Ok sekarang mama dah dpt kenal buah binjai di AJ :)

      Padam