Buah Binjai :

 

buah binjai
Buah Binjai
Hari ini ana nak kenalkan satu lagi buah yang rasanya ramai anak-anak masa kini tak kenal, tak pernah lihat dan tak pernah rasa. Inilah yang dikenali sebagai buah Binjai.Sejenis buah yang semakin pupus dan tak mudah lagi untuk ditemui khasnya dibandar-bandar besar di tanahair kita.

Jika dahulu, dibelakang rumah arwah Tok di Teluk Intan terdapat sepohon pokok Binjai.Kini memang dah tak wujud lagi dan memang payah untuk melihat buah Binjai kecuali kadang-kadang ada terdapat dijual di pasar besar Teluk Intan di bahagian sayur-sayur kampung.

Buah Binjai ni rasanya ada dua iaitu yang teramat masam dan ada juga jenis yang agak manis. Sebelum ini, ana hanya pernah merasa buah Binjai yang teramat sangat masamnya.Walaupun ana peminat buah-buahan masam seperti mangga muda,kedondong dan sebagainya,namun ana kalah dengan kemasaman buah Binjai.Kalau dahulu mak akan mencampurkan potongan buah Binjai ini ke dalam sambal belacan untuk di makan dengan nasi.Memang itulah sahaja yang ana tahu tentang menu dari buah Binjai.

Baru-baru ini, jiran ana ada memberi dua biji buah Binjai yang menurutnya sangat manis.Mula-mula agak curiga juga untuk dimakan mentah kerana kurang yakin ada jenis buah Binjai yang manis.Ana rasa sepotong dahulu dan ternyata benar, isinya manis.Inilah pengalaman pertama merasai buah Binjai yang manis dan boleh dimakan begitu sahaja.


~berkongsi kisah buah Binjai disini~