sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 1 Mac 2015

Menara Condong Warisan Kebangsaan


Menara Condong Teluk Intan,Warisan Kebangsaan;

 

menara condong teluk intan perak
Menara Condong Teluk Intan

Inilah Menara Condong Kebanggaan ana dan anak jati Teluk Intan yang lain pastinya.Semalam semasa perasmian rumah terbuka perayaan Tahun Baru Cina 2015 peringkat Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan sebagai Warisan Kebangsaan.

Beliau berkata Menara Condong Teluk Intan, yang dibina pada 1885, memiliki keunikan yang amat ketara dengan konsep Pagoda yang menunjukkan pengaruh kekayaan budaya dan seni bina Cina seperti pada gerbang, bumbung genting dan hiasan jubinnya.

 "Sejarah bangunan yang merupakan mercu tanda Bandar Teluk Intan ini unik kerana fokusnya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Ia dijadikan sebagai tangki air pada waktu kemarau dan juga mempunyai kemudahan memadam api.

"Jam yang terdapat pada menara ini juga merupakan lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana ianya merupakan hasil sumbangan derma daripada penduduk tempatan pada ketika itu," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2015 di sini malam ini.

 Menara Condong ini juga menjadi satu daripada tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Perak seperti 'The Leaning Tower of Pisa' di Itali.Justeru, beliau berkata kerajaan juga dalam proses mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa bagi menjadikan Menara Condong Teluk Intan sebagai satu daripada warisan Dunia UNESCO.

"Sesungguhnya, usaha mengekalkan dan memelihara warisan dan budaya merupakan tanggungjawab kita bersama.

"Diharap ia juga akan dapat mempromosi Teluk Intan sebagai pusat tarikan pelancong dalam dan luar negara di masa akan datang," katanya.

Petikan sumber BERNAMA.

Sudah pastilah pengiktirafan ini amat bermakna buat kami warga Teluk Intan khasnya, lebih-lebih lagi bagi ana yang sangat sayang akan warisan senibina mercu tanda yang sudah berabad usianya ini. Jam tinggi Menara Condong Teluk Intan akan kekal sebagai satu ikon kebanggaan kami semua.In Shaa Allah.

18 ulasan:

  1. Pernah sampai situ 5 tahun dulu... Terkini macam Mana agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah tu Bonde, sekarang ni macam-macam penambahbaikan di lakukan untuk mengekalkan keindahan senibina mercu tanda ni.

      Padam
  2. subhanaalah lawanya. tak pernah lagi jejak ke situu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin satu hari ada rezeki KC ke sini nanti :)

      Padam
  3. tahu tak kak ana nani tak pernah sampai sini. hahahahha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke tak pelah mana tahu ada rezeki nani bolehlah datang sini nanti kan.

      Padam
  4. blum pernah smp lagi.. bolehla nnt fefeeling italy..hehe. nk ke italy blm mampu

    zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh datang sini norsalihah shaleh, kita posing2 kay.. hehe :)

      Padam
  5. mmg cantik lampu lampu menara tu yang bertukar tukar.. hari tu di Teluk Intan, kami makan di food court depan menara ni sambil layan kelipan lampu hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan Eny, satu daya tarikan terkini di bandar Teluk Intan.

      Padam
  6. tak pernah pegi... teringin nak pergi...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom ikut kak ana balik kampung nak hehe :)

      Padam
  7. Salam.Hee saya pun dh lama tak datang ke menara condong teluk anson ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiga lalat macam biasa je ke teluk anson ye :)

      Padam
  8. Banyak lagi tempat di Malaysia ni yang Sha tak sampai lagi. This is 1 of my checklist. Must go! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti ada rezeki Sha sampailah ke kampung halaman kak ana ni In Shaa Allah :)

      Padam
  9. Tak penah sampai lagi kt sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan satu hari nanti Lya akan sampai ke sini,In Shaa Allah.

      Padam