sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 29 Mac 2015

Nuffnang Sayang Saya


tips iklan nuffnang

Semakin hari semakin seronok melihat iklan bertingket-tingket melekat dari Mr Nuffnang. Sejak penghujung 2014 hingga ke hari ini, tak pernah kurang dari sepuluh cpuv dari nuffnang yang akan terus melekat di anajingga. Sekurang-kurangnya, selain daripada perkongsian kisah dan info ada juga serba sedikit rezeki yang masuk ke akaun nuffnang ana.Tak lama lagi bolehlah cash-out atau biarkan sahaja ia beranak pinak dahulu di sana.Dan kini masih ada 20 iklan Nuffnang yang masih on-going di anajingga. Bestnya..

Jom ana kongsikan beberapa tips untuk iklan dari mr nuffnang terus bertingket-tingket di blog.

Ana mula mendekati nuffnang sejak tahun lepas, dan memang tak dinafikan diperingkat permulaan iklan yang singgah hanya dalam kategori cpc sahaja.Manakala cpuv memang jarang-jarang yang singgah. Ana sering juga mencari tip-tips untuk menawan hati nuffnang singgah ke blog.Namun di pertengahan tahun 2014, semakin hari semakin banyak cpuv dan cpc yang singgah sehingga pernah di cash-out kan tahun lepas dengan jumlah yang agak memberangsangkan juga.

Tips-tips untuk mendapatkan iklan dari Nuffnang:

Pertama: Nuffnang mempunyai puluhan ribu blog yang berdaftar dengan mereka.Ana pernah menghantar tiket ke Nuffnang dan bertanya mengapa blog tidak mendapat iklan cpuv dari pihak Nuffnang.Dan jawapan mereka ia mengambil masa untuk mengenali blog kita dan untuk pihak Nuffnang mengenali blog kita, perlu untuk mengupdate survey melalui akaun Nuffnang kita.Dengan sering mengupdate matlumat blog di ruang kaji selidik, pihak Nuffnang akan mengenal pasti kategori blog dan mudahkan mereka menghantar iklan dan kempen yang bersesuaian dengan blog.

Kedua: Nuffnang lebih berminat dengan blog yang aktif dan sentiasalah update entri-entri ke blog.Sekurang-kurangnya empat entri seminggu menurut jawapan tiket dari pihak Nuffnang.Blog yang tidak aktif akan kurang mendapat uv atau pv maka kuranglah potensi untuk mendapat iklan cpuv dari mereka.

Ketiga : Dapatkan uv/pv yang tinggi dalam sehari untuk blog.Antara yang boleh dilakukan ialah mempelajari teknik-teknik SEO yang banyak dikongsikan oleh rakan-rakan blogger atau dari sifu-sifu SEO yang tak lokek berkongsi ilmu.Melalui SEO yang kuat, entri akan berada di muka pertama carian dan lebih mudah mendapat trafik.Secara tidak langsung akan menyumbang cpuv yang banyak untuk blog.Malahan yang lebih penting perkongsian kita akan sampai kepada pembaca.

Keempat: Rajin-rajinlah Blogwalking. Kadang-kadang inilah yang paling malas nak lakukan,namun hasilnya amat berbaloi.Sambil tambah kenalan baru,mendapat info-info menarik, kita juga akan dikunjungi balik oleh rakan blogger yang ada akaun Nuffnang dan ada juga yang rajin klik-klik kembali ke iklan kita.In Shaa Allah.

Kelima: Jangan segan dan rajin-rajin jugalah menghantar tiket ke Nuffnang jika kita mempunyai sebarang pertanyaan tentang iklan dari Nuffnang. Secara tidak langsung menjalin hubungan dua hala yang baik antara tuan punya blog dan Nuffnang akan memberi impak kepada blog.Macam kita lah tak kenal maka tak cinta, jadi dengan cara ini pihak Nuffnang akan lebih mengenali blog kita.

Setakad ini dahulu ana kongsikan beberapa tips yang pernah ana lakukan sehingga menghasilkan suatu pulangan yang agak memberangsangkan dari pihak Nuffnang.Thank you so much Nuffnang dan terima kasih juga rakan-rakan blogger yang rajin singgah sambil isi tabung dan menghantar trafik ke blog picisan Anajingga.Jangan mudah berputus asa kerana setiap sesuatu itu memerlukan usaha untuk mencapai matlamat.Ia memerlukan kesabaran dan ketabahan.

~berkongsi tips Nuffnang disini~

37 ulasan:

  1. Masyuk... tips no.4 tu yg leceh tu tp hasilnya mmg berbaloi-baloi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup! penat kan , tapi banyak hasilnya untuk uv/pv blog :)

      Padam
  2. Balasan
    1. acik lagilah kencang, macam2 masyuk hehe :)

      Padam
  3. best nya kak ana...boleh share tips ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah Cik Iput, sambil2 kan ,cubalah tips ni mana tahu membantu nanti :)

      Padam
  4. alhamdulillah..moga earning cpuv n cpc kita berlipat ganda kak
    suka dgn pengiklanan nuff sbb x stress nk kejar trafik

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih juga buat Yumida,selalu membantu kak ana dengan tip2 berguna...tq so much dear :)

      Padam
  5. nice tips kak ana.. amin saya ..alhamdulilah merasa juga la duit nuffnang ni.. amboi kak byaknya melekat :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha lama sungguh tak jengok kak ana kan sobri hehe, welcome back :)

      Padam
  6. Syukur alhamdulillah. Rezeki mencurah-curah ya! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Pojie, sambil duk kongsi kan :)

      Padam
  7. wah, bnyknya... baikkan nuff. hehe good luck kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. aina pun banyak gak kan, kita masih setia dengan Nuffnang ye aina :)

      Padam
  8. Nak Nuffnang sayang kita jugak lah, tapi tips #4 tu yang macam tak sempat nak buat sekarang. Ayoyo

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha pandai2 lah kipas Nuffnang ni Sha..memang kadang2 kak ana pun main biskut chipsmore juga bab BW ni :)

      Padam
  9. nice sharing kak ana =) memang berguna la semua yang kak ana kasi tu, dayah pernah buat memang masyuk la =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok kan Dayah, sikit sikit pun ada juga lah kan dari tak ada hehe :)

      Padam
  10. Tahniah kak Ana..CP dah tak pasang iklan Nuff..tapi sempat juga la merasa duit Nuff masa kat blogspot dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah, tak pe CP mungkin rezeki ikut hat lain lak lepas ni,In Shaa Allah :)

      Padam
  11. sebab kak ana rajin blogwalking, saya akan selalu klik iklan kat blog comel ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Sal..sayang lah Sal 200% hehe :)

      Padam
  12. wow..tips yg sangatt bagus..terima kasih sudi share info ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama KH.. semoga dapat membantu sedikit sebanyak ye :)

      Padam
  13. akan cuba sedaya upaya praktikkan semua tips di atas....!!
    semangat... semangat... ke mari lah kau semangat...

    hehehehehee... :)

    tQ kak ana.. thorbaikkkk ni...

    BalasPadam
  14. banyaknyeee...terbaik kak ana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. adalah juga yang singgah melekat aniss :)

      Padam
  15. Fuhh otai hehe tahniah kak ana

    BalasPadam
  16. Balasan
    1. In Shaa Allah, sambil2 CN kan hehe :)

      Padam
  17. tq sharing kak.ana...kadg2 je gagah ikut semua..tp gagah tu laa yg masyukk..hiihi

    BalasPadam