sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 10 April 2015

GST Dan Mak

GST Dan Orang Di Kampung:

Selepas sepuluh hari dilaksanakan GST baru semalam ana keluar membeli barangan keperluan dapur di sebuah pasaraya di sini.Cuak juga nak mengisi troli namun apa kan daya semua yang di ambil merupakan barang keperluan seharian di rumah.Nak tak nak kena beli juga.Sambil membeli tu sempat membelek-belek harga dan memang ketara ada yang naik dari sebelumnya.


kesan gst pada orang kampung


Selesai mengambil separuh troli dengan barang-barang keperluan dapur, ana terus ke kaunter pembayaran. Satu demi satu barang discan di kaunter juruwang.Sampailah ke jumlah yang perlu di bayar dan selepas pembayaran dilakukan , kembali menolak troli ke kereta. Sambil tu ana meneliti satu-persatu item yang di cetak di resit.Semakin peka masyarakat hari ni dengan resit-resit.

Bila di fikirkan semula, semasa di pasaraya tadi memang hampir kesemua produk dan barangan di labelkan dengan zero GST dan standard 6% GST. Dari situ kita faham yang mana barang dikenakan GST dan yang  mana pula sifar GST. Satu kaedah yang agak efisyen perlaksanaannya.Kemudian bila disemak resit juga tercetak berapa jumlah pembelian yang sifar GST dan berapa pula yang dikenakan cukai 6%, dan hanya itu sahaja cukai yang dikenakan untuk ana hari ini. Ok faham sekarang kaedahnya walaupun memang menambah bebanan yang sedia ada.

Lantas hati kecil ni terus teringat pada mak di kampung.Apa yang mak tahu tentang resit, tentang sifar GST, tentang 6% GST, tentang label produk. Mak membeli barang keperluan di kedai runcit sahaja, tak pun ke pasar besar Teluk Intan sahaja.Jarang nak masuk ke Giant atau TF kecuali jika ada keperluan atau jika anak-anak balik untuk membelikan barang keperluan dapurnya.Kalau setakad belanja harian ke kedai runcit sahaja tempatnya.

Disana tak ada pun label produk yang mengasingkan sifar GST atau standard GST, yang ada tanda harga sahaja.Resit jauh sekali lah nak ada, dan kalau mintapun yang ditulis tangan oleh pekedai tu. No pendaftaran GST memang tak adalah, dah mesin pun tak ada.Apa yang mak boleh  buat, tokeh kedai kira mak bayar.Bila harga mahal tokeh kedai jawab ada GST makcik. Kemana GST tu tokeh kedai hantar entahlah.Yang jadi mangsa, mak dengan mak cik-makcik di kampung yang tak ada pilihan tu.

Sedihkan, bukan mak sahaja malah ana rasa ramai lagi mereka diseluruh negara yang menghuni di kawasan luar bandar akan menerima nasib yang sama.Lebih-lebih lagi yang jauh dari bandar-bandar utama.Sampai bila-bila pun tak akan selesai dan akan terus terbeban dengan 6% ni.Fikir-fikirkan bersama.Itulah kisah GST dan mak yang sempat ana kongsikan disini.Sekadar renungan di saat jari terus menaip di ruang dan kesempatan ini.


~berkongsi luahan rasa disini~

20 ulasan:

  1. ya betul tuh ana.. kedai runcit di luar bandar ada harga agak mahal berbanding dalam bandar.. tuh tak kira kalau diaorang kenakan GST apa bagai.. memang bertambah mahal laa harga barang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang menjadi masalah pada penduduk luar bandar ni kan izzeyda, ada ketika nya memang tiada pilihan langsung. agak malang .

      Padam
  2. herm tawakkal je lah Ana..in shaa Allah rezeki kita Allah yg bagi..usah diharap lagi pada kerajaan huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah, yakin pada Nya setiap masa.

      Padam
  3. anis ni duduk luar bandar..beli barang pon ke kedai runcit... hari minggu je ke pasaraya..terasa perit jugak.. lagi2 tauke kedai yg xpaham apa itu GST..mau bertekak dibuatnye..nak xnak kena la beli..nak ke pasaraya agak jauh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Anizz, tokeh kedai yang tak faham dan ada kalanya buat-buat tak faham, main naikkan harga je ,kita yang terpaksa tanggung sudahnya .

      Padam
  4. kan kak ana... kesian mak mak kita, diorang bukan ambil kisah sgt tp kalau dh selalu berbelanja tu banyak jugak lah jumlah yg masuk ke akaun yg tak sepatunya huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah yang kak ana sedih dan rasa terkilan tu Eny, ketidak adilan dalam perlaksanaannya.

      Padam
  5. Balasan
    1. semakin sukar dan mencabar Nurul kan :)

      Padam
  6. Hidup perlu diteruskan....harus makan, harus minum..harus berbelanja. usah bersedih, InsyaAllah, rezeki itu tuhan perluaskan dan permudahkan...boleh teruskan hidup tanpa terbeban....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah kak Mala.. terima kasih :)

      Padam
  7. Salam. Hee mukin nnti mak bapak kena letak jugak GST kat hantaran anak2 dara mereka., huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha harus gitu kan nak cover balik kos hehe :)

      Padam
  8. bila fikir2 kan balik..betul juga kata kak ana tu..kedai runcit memang xde resit..main cakpa gst jer..hurmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah yang tak puas hati tu Dayah :)

      Padam
  9. #ExchangeFeedGroup tak perlu gst hee

    BalasPadam
  10. kadang2 yang sampai maklumat kat diorang hanyalh dialog promo tv...
    40% harga barang turun,turun ,turun , turun.... ermmmm padahal.... ermmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat menyakitkan kan nizam... :(

      Padam