GST Dan Orang Di Kampung:

Selepas sepuluh hari dilaksanakan GST baru semalam ana keluar membeli barangan keperluan dapur di sebuah pasaraya di sini.Cuak juga nak mengisi troli namun apa kan daya semua yang di ambil merupakan barang keperluan seharian di rumah.Nak tak nak kena beli juga.Sambil membeli tu sempat membelek-belek harga dan memang ketara ada yang naik dari sebelumnya.


kesan gst pada orang kampung


Selesai mengambil separuh troli dengan barang-barang keperluan dapur, ana terus ke kaunter pembayaran. Satu demi satu barang discan di kaunter juruwang.Sampailah ke jumlah yang perlu di bayar dan selepas pembayaran dilakukan , kembali menolak troli ke kereta. Sambil tu ana meneliti satu-persatu item yang di cetak di resit.Semakin peka masyarakat hari ni dengan resit-resit.

Bila di fikirkan semula, semasa di pasaraya tadi memang hampir kesemua produk dan barangan di labelkan dengan zero GST dan standard 6% GST. Dari situ kita faham yang mana barang dikenakan GST dan yang  mana pula sifar GST. Satu kaedah yang agak efisyen perlaksanaannya.Kemudian bila disemak resit juga tercetak berapa jumlah pembelian yang sifar GST dan berapa pula yang dikenakan cukai 6%, dan hanya itu sahaja cukai yang dikenakan untuk ana hari ini. Ok faham sekarang kaedahnya walaupun memang menambah bebanan yang sedia ada.

Lantas hati kecil ni terus teringat pada mak di kampung.Apa yang mak tahu tentang resit, tentang sifar GST, tentang 6% GST, tentang label produk. Mak membeli barang keperluan di kedai runcit sahaja, tak pun ke pasar besar Teluk Intan sahaja.Jarang nak masuk ke Giant atau TF kecuali jika ada keperluan atau jika anak-anak balik untuk membelikan barang keperluan dapurnya.Kalau setakad belanja harian ke kedai runcit sahaja tempatnya.

Disana tak ada pun label produk yang mengasingkan sifar GST atau standard GST, yang ada tanda harga sahaja.Resit jauh sekali lah nak ada, dan kalau mintapun yang ditulis tangan oleh pekedai tu. No pendaftaran GST memang tak adalah, dah mesin pun tak ada.Apa yang mak boleh  buat, tokeh kedai kira mak bayar.Bila harga mahal tokeh kedai jawab ada GST makcik. Kemana GST tu tokeh kedai hantar entahlah.Yang jadi mangsa, mak dengan mak cik-makcik di kampung yang tak ada pilihan tu.

Sedihkan, bukan mak sahaja malah ana rasa ramai lagi mereka diseluruh negara yang menghuni di kawasan luar bandar akan menerima nasib yang sama.Lebih-lebih lagi yang jauh dari bandar-bandar utama.Sampai bila-bila pun tak akan selesai dan akan terus terbeban dengan 6% ni.Fikir-fikirkan bersama.Itulah kisah GST dan mak yang sempat ana kongsikan disini.Sekadar renungan di saat jari terus menaip di ruang dan kesempatan ini.


~berkongsi luahan rasa disini~