sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 14 April 2015

Lemak Petai dan Pucuk Ubi


Masak Lemak Petai dan Pucuk Ubi:

Rumah ni kalau ada petai memang menambah selera kami sekeluarga. Pucuk ubi di belakang rumah banyak pula dan mula meninggi.Nak tak hendak kena cantas juga supaya tak terlalu tinggi jadinya.Dan kebetulan terjumpa orang menjual petai di pasar pagi ni.Elok sangatlah dikombinasikan masak lemas petai dan pucuk ubi tengahari ni.


resepi masak lemak petai dan pucuk ubi


Resepi ni akan tambah sedap jika kita campurkan dengan tempoyak.Namun memandangkan sekarang tiada stok tempoyak dalam simpanan, ana cuma masakkan bersama udang kecil dan bahan asasnya iaitu petai dan pucuk ubi.Pucuk ubi , ana rebus dahulu dan buangkan air rebusan yang hijau untuk menghilangkan baunya.Kemudian di potong halus sebelum di masak bersama bawang merah dan cili api.Masukkan santan dan tambah bahan perasanya.Cepat dan mudah untuk sajian tengahari bersama nasi dan lauk sampingan.


~berkongsi menu masakan disini~

42 ulasan:

  1. perghh..mengancam tu..tambah dengan sambal belacan..mmg terangkat..

    BalasPadam
  2. nampak menyelerakan sangat. sy belum pernah lagi makan pucuk ubi + petai. kalau makan petai goreng belacan best. hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba kalau ada kesempatan nanti BV :)

      Padam
  3. aina mkn budu tp petai tak. haha

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. erm jadilah ye KC...babab baru tau :)

      Padam
  5. wah kak ana...menu yg menarik selera ni...KG makan petai paling last masa sebelum bersalin tahun lalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. menyelerakan KG kan, lama dah lah ye :)

      Padam
  6. sedap tu pucuk ubi..dayah pun suka makan =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana makan sesekali je Dayah.

      Padam
  7. Terbaiklah! Nampaknya macam sangat menyelerakan :-)

    BalasPadam
  8. seronoknya boleh cabut-cabut je kat belakang rumah. Belakang rumah kita tak pucuk ubi +(

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kebetulan ada kat belakang rumah petik je lah dulu :)

      Padam
  9. Balasan
    1. kan kak noor, menambah selera juga tu :)

      Padam
  10. sedapnye kak
    pucuk ubi masak apa2 pun tetap sedap
    lagi2 kalau mak kita yg masak, bertambah2 mkn
    cuma petai sy x pandai mkn..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo Yumida tak makan petai rupanya :)

      Padam
  11. sedapnyeee petai n pucuk ubi...i likeee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak aniss masak mesti lagi sedap kan, masak lomak cili api.

      Padam
  12. kalau dekat saya bagi dah sebalang tempoyak saya ni...ada dua balang..satu tu memang tak terusik lagi..heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestnya DR, jap lagi kak ana datang bawa mangkuk ye hehe :)

      Padam
  13. pergkh...petai...sedap..melekat...

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. haha Suki budak urban ni hehe :)

      Padam
  15. sedapnya...boleh cuba ni...

    BalasPadam
  16. Masak tempoyak sedap juga kot ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak cik selalunya ana buh tempoyak tapi kali ni stok tempoyak tak ada lak :)

      Padam
  17. Wah sedapnyer Kak Ana masak ..mak kita pon suka la buat lauk2 gini kalau anak2 balik hehhee............

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke Lya, resepi ibunda lah ni kan :)

      Padam
  18. Teringat satu dialog shila rusli dlm drama tu dia jadi mak , suka petai..
    " petai ni kalo kencing memang busuk , tapi takde penyakit"...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ada ye nizam dialog macam tu :)

      Padam