sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 16 April 2015

Pos Malaysia Cawangan Serahan Mel-Rawang

Pos Malaysia Cawangan Serahan Mel-Rawang:

Beberapa hari lepas , mr posmen ada membunyikan hon depan rumah tapi tak sempat nak turun dan capai tudung dia dah berlalu pergi dan meninggalkan sekeping nota ada barang untuk dipungut di cawangan serahan mel.Ianya hadiah 'giveaway' anak ana dari Korea.Ana cuba menghubungi nombor yang diberikan namun jawapan dari pihak mel serahan agak mengecewakan.Dia menyuruh kami menghubungi semula pada keesokan pagi sebelum jam 9:00 pagi tanpa mengambil apa-apa track number dan sebagainya.Terus meletakkan telefon.Agak kurang profesional perkhidmatan yang diberikan .Ana mengambil keputusan untuk memungut sendiri parcel berkenaan di cawangan serahan mel pagi esoknya.

pos malaysia cawangan serahan mel rawang



Lokasi Pos Malaysia Cawangan Serahan Mel Rawang:



Pos Malaysia cawangan mel-Rawang terletak di alamat Jalan Perusahaan 3, Kawasan Perindustrian Batu 20, 48200 Rawang, Selangor. Jika kita dari bandar Rawang, ia berada selepas pusat servis Kia di simpang lampu isyarat sebelah kiri.

Waktu urusan ialah dari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang.Tutup pada Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.



Apapun amatlah diharapkan perkhidmatan di kaunter serahan lebih bersikap profesional kerana kerani yang bertugas amat tidak mesra pelanggan.Ucapan terima kasih pun tidak berjawab apakah lagi hendak senyum jauh sekali.Begitu juga dengan serahan dari posmen tunggulah seketika kerana kami kaum ibu khasnya untuk keluar ke pagar menerima surat atau bungkusan perlu mencapai kain tudung dan menutup aurat sebelum keluar ke pagar rumah.


~berkongsi info dan pengalaman disini~ 

12 ulasan:

  1. Tu kdg2 geram dgn org2 pejabat pos.. x mesra pwngguna lansung

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan aisyah sakit hati je dengan layanan mamat seorang ni adoi :(

      Padam
  2. ramai dah complain pasal pos laju ni.hmm ntah lah.makin melampau dorg ni.

    BalasPadam
  3. kalut nak pi mana lah itu posman...

    BalasPadam
  4. posmen x masuk kampung kami kak, even ianya bungkusan pos laju
    kalau surat tu dia letak kat peti besar, sendiri cari surat kat pejbt pos
    kalau bungkusan pos laju, dia call suruh ambik sendiri kat pej pos
    nak kata jauh, xde la jauh sgt kpg kami, tp mmg xde penghantaran khidmat posmen
    mungkin cawangan pej pos ni harus diperbykkn lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo macam tu lak ye Yumida, tak apalah sekurang-kurangnya sampai juga barang yang dikirim kan :)

      Padam
  5. posman kat tempat khaty dia punya bunyi ekzoz jadi tredmark..ada time,dengar ja bunyi moto tue dah tau mesti e.posman sampai..mungkin orang yang dok kaunter tue ada masalah problem untuk berbuat begitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. agaknya lah Khaty tapi dari jawab telefon sampai ke kaunter sama je nadanya hehe :)

      Padam
  6. Hi~ bolehkah beri nombor telefon cawang serahan ini? Saya juga dapat notis pemberitahuan, tapi saya tak ada kereta pergi, nak cuba telefon mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Natalie Cheong, maaf ana tiada menyimpan no tel mereka, rasanya ada di belakang slip serahan yang dicop tu atau boleh sahaja hubungi TM 103 untuk pertanyaan nombor telefon ye.. tq dear.

      Padam