sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 28 April 2015

Wajah MacGyver Sekarang


Wajah MacGyver Sekarang:

Sekitar tahun 1980-an, salah satu siri tv kegemaran ramai masa itu ialah siri MacGyver lakonan Richard Dean Anderson.Ianya berkisar tentang kebijaksanaan seorang hero menyelesaikan setiap kes dan masalah dengan kemahirannya menggunakan apa-apa alatan yang ada disekitarnya sahaja.Segala masalah dapat di atasinya tanpa memerlukan sebarang gajet namun cukup sekadar kepintaran.


siri tv macgyver


Namun kini setelah hampir tiga puluh tahun berlalu, hero MacGyver, Richard Dean Anderson pasti telah semakin di mamah usia.Begitulah kitaran kehidupan kita sebagai manusia suatu hari nanti yang muda,segak, lawa  pasti juga akan berusia dipenghujung kehidupan.Inilah wajah Richard Dean Anderson sekarang.



Sekarang beliau telah berusia 65 tahun.Menetap di Malibu , seorang duda bersama anak gadisnya Wylie Anderson berusia 16 tahun.Selain dari siri MacGyver, Richard Dean Anderson juga pernah membintangi siri Stargate SG sebagai Lieutenant General Jack O'Neill.




kredit sumber dari : https://nz.entertainment.yahoo.com/celebrity/news/a/27378803/this-is-what-macgyver-star-richard-dean-anderson-looks-like-today/

24 ulasan:

  1. muka dia masih lagi macam dulu tapi ni versi berusia. Heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha nani dah 65 tahun usianya kan :)

      Padam
  2. Tetap Ensem... teringat kat arwah ayah mmg drama fav dia the macgayver

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Bonde kak ana dulu pun minat gak siri ni, masa tu tak banyak pilihan channel kan.

      Padam
  3. alolooo...kalo pakcik mac ni jenjalan kat pasar Kuching, ntah kenal ke tidak daku kat dia..kehkehkehhh..btw, maintain encem ada la

    BalasPadam
  4. muka ja maintain..tapi senyum tu sweet ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah tengok ke khaty siri ni :)

      Padam
  5. Hehehe..mcm lbh kurang jer muka dia kak ana..badan laaa berisi ..

    BalasPadam
  6. Masih hidup ruapnya dia..dlu masa kecik-kecik selalu jugak dengar nama macgyver.. Sebab along masa kcik suka juga invent bnda dari barangan sekeliling..tu pasal family kadang2 pggil along sbagai Macgyver...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo alaongpun MacGyver versi baru lah rupanya, siri lama ni along, mungkin mak ayah along tahu kut.

      Padam
  7. Antara drama kegemaran saya juga Kak Ana.. Wajah MacGyver sekarang kalau berselisih pun tak kenal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha berselisih kat mana tu LZ :)

      Padam
  8. mak aiii berbeza benor...rambut maintain hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ofkozlah Suki dulu muda sekarang dah berusia kan :)

      Padam
  9. sume jugak cam al pacino..antara geng2 otai zaman dulu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nick, rasanya al pacino lagi otai kut dari macgyver ni kan :)

      Padam
  10. x pernah tgok siri ni sebab x lahir lagi .
    dah tua pun still hensem :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm Sobri muda lagi, masa siri ni kak ana dalam masih bersekolah menengah rasanya , hehe

      Padam
  11. Macgyver rancnagan kegemaran saya masa di alam persekolahan dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernahlah shameel menonton siri ni ye :)

      Padam
  12. suka tengok senyumannya.. teringat lagi masa kecik2 dulu mesti layan cerita nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah lebih kuranglah era kita izzeyda :)

      Padam