sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 13 Ogos 2015

Hadiah Dari Blogger Linda


Travelog Cinta Abadi




Tengahari semalam berkali-kali van Poslaju membunyikan hon di pagar rumah, sabarlah dik, kakak nak capai tudung dulu.Itulah yang terjadi bila Poslaju nak hantar barang, nak cepat sahaja kan.Tapi hari ini, ana bukan nak cerita pasal Poslaju, nak berkongsi kisah hadiah yang ana dapat dari seorang sahabat blogger yang agak lama setia menjadi sahabat maya ana, Puan Linda dari blog Nota Dan Kopi .




Kiriman buku seindah ini dari Linda amat bererti sekali kerana ana memang minat dan mengumpul koleksi buku-buku ilmiah dan motivasi sebegini.Alhamdulillah, bertambah koleksi didalam simpanan dan pastinya akan menjadi salah satu koleksi yang amat disayangi hadiah dari sahabat maya.

Buku Travelog Cinta Abadi di tulis oleh Roza Roslan terbitan PTS Islamika Sdn Bhd.Belum sempat untuk ana membuka helaiannya ketika entri ini ditulis dan ana pasti ia sebuah coretan kisah yang sangat menarik dan indah untuk di baca.

Blog Nota dan Kopi


Blog Nota dan Kopi

Linda pemilik blog Nota dan Kopi merupakan salah seorang sahabat maya yang telah bertahun juga ana kenali dan menjalin ukhwah.Seronok sebenarnya walaupun kami belum diizinkanNya untuk bersua namum ikatan silaturrahim yang terjalin sangat dekat di sanubari.Alhamdulillah.

Banyak perkongsian dan kisah coretan si penggemar kopi ini catatkan di laman blognya, cuma kebelakangan ini, difahamkan Linda agak kurang aktif menulis atas sebab-sebab kekangan masa yang mencemburuinya.Apapun ana doakan semoga apa juga rintangan dan halangan yang Linda lalui akan dipermudahkan juga olehNya, Aaminn..

Sekalung terima kasih sekali lagi buat Linda kerana disebalik kesibukkannya masih sempat mencuri ruang untuk mengirimkan sebuah naskah yang sangat indah.Terima kasih Linda dan semoga ikatan ukhwah antara kita dan ramai lagi sahabat maya di luar sana akan terus harum dan mewangi,In Shaa Allah.


~salam kasih sayang dari anajingga.com~

21 ulasan:

  1. Alhamdulillah..kemanisan ukhuwahkan.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih juga buat PC yang sudi menjalin ukhwah bersama kak ana disini dan Perdu Cinta :)

      Padam
  2. Salam ukhuwah kak ana, om dah follow belog akak. #882

    BalasPadam
  3. singgah sini juga,meramaikan lagi sahabat di alam maya...

    BalasPadam
  4. seronokkan bila ukhuwah di alam maya dipanjangkan ke alam realiti.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu memang seronok NusaNa Nosa :) jom kita jalinkan ukhwah bersama .

      Padam
  5. aida da baca buku k roza tu :)
    best!
    aida pun nak terjah blog linda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke aida, kak ana belum lagi buka buku ni, pastinya best kan,silalah ke blog lind nota dan kopi :)

      Padam
  6. Salam, wah bestnye dpt hadiah bahan bacaan camni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam Lynn, memang best sangat sebab hadiah ni akan disimpan jadi kenang-kenangan selamanya :)

      Padam
  7. TQ Ana, di atas entry ni....punyalah teruk linda ni, punyalah lama, tapi baru nak komen....huhu....tq Ana :)

    BalasPadam