sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 20 Ogos 2015

Laksa Mee Pangkor

Dah lama sebenarnya ana nak kongsikan dengan pengunjung setia anajingga.com tentang menu istimewa dari ibu saudara ana ni.Setiap kali Hari Raya, we Midah ibu saudara ana yang cun ni, pastikan akan masakkan kami anak buahnya dengan sajian laksa mee.Memang menu wajib bila berkumpul ramai-ramai di rumahnya pada hari raya kedua atau ketiga.Ana sendiri pernah mencuba membuat laksa mee ni di rumah walaupun resepinya sama namun tetap tak serupa dengan air tangan ibu saudara kami ni.




Laksa mee ni sangat terkenal di Pulau Pangkor asalnya.Memang sesiapa yang pernah ke sana pasti akan mencari menu sedap ini.Dan ibu saudara ana sendiri mendapat resepi asal laksa mee ni juga dari saudaranya yang berasal dari Pulau Pangkor.Hari ini ana kongsikan kembali resepi laksa mee yang memang lain dari yang lain dan sedap di makan.

Resepi laksa mee Pangkor

 

kredit foto: ilovethelittleones.blogspot.com

Bagi yang tidak pernah melihat laksa mee kering,begitulah rupanya.Laksa mee kering ini boleh dibeli di pasaraya Tesco dan paling mudah didapati di kedai-kedai disekitar Manjung,Lumut dan sekitarnya.Di Teluk Intan juga terdapat di jual di pasar besar.Laksa mee kering ini perlu di basuh bersih kemudian direbus hingga lembut dan toskan airnya.

Bahan kuah laksa mee

1kg ikan kembung - dibersihkan dan direbus dengan air secukupnya.
beberapa  ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
2 ulas asam keping
garam secukup rasa

Cara membuat kuah laksa mee

Ikan kembung yang direbus tadi, keluarkan dan ambil isinya.Tapis air rebusan ikan dan letakkan ke dalam periuk untuk di jadikan kuah.Masukkan kembali isi ikan kembung tadi bersama air rebusannya tanpa tulang.Sama seperti kita membuat kuah laksa asam.

Bawang merah dan bawang putih di hiris halus.Kemudian di tumis di dalam kuali.Angkat dan tuangkan tumisan ke dalam periuk rebusan ikan.Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya.Masak hingga mendidih.Siap untuk hidangan.

Sambal laksa mee

Untuk hidangan sampingan laksa mee, kita perlukan bawang merah,bawang putih,cili giling dan sedikit cuka,gula dan garam.Tumiskan kesemua bahan untuk di jadikan sambal.

Ulam laksa mee

Ulam yang digandingkan dengan laksa mee ialah hirisan beberapa batang kacang panjang.Tumiskan dengan sedikit minyak bersama bawang merah yang dihiris.


Lengkaplah sudah penyediaan laksa mee Pangkor yang sedap ini. Hidangkan laksa mee bersama sambal dan taburan ulam kacang panjang serta kuahnya.Selamat mencuba .



26 ulasan:

  1. macam sedap jer...tengah lapoo ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. azie, kalau lapoo gi beli je lambat nak siapkan laksa mee ni haha :)

      Padam
  2. Kalau dah namanya LAKSA...memang fav saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah Fuza dan laksa berpisah tiada :)

      Padam
  3. wah macam best. saya org Kedah ni laksa kena pantang kalau lepas bersalin,,gugur. laksa ni agak2 ok tak sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama je Herny dari segi kuahnya ikan kembung juga, cuma bukan asam pedas lebih kepada sup,dan lain dari jenis mee dan ulamnya dari laksa biasa, kak ana rasa kalau dalam pantang better jangan makan lah sebab ikan gatal kan :)

      Padam
  4. laksa mee pangkor ni sedappp! dulu masa kecik-kecik selalu makan., mak selalu buat.. memang layannn ... slurppp! hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedapkan Lia, selalu juga makan ye samalah kita :)

      Padam
  5. eh, knapa tak pernah tahu pun ttg menu wajib ni kalau ke pangkor?? nmpak gaya nya kenalah ke pangkor lagi.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha terlepas pandang lah ni norsalihah haha :)

      Padam
  6. ermm ada smbl ke ats dia tu kak anna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ummul,laksa ni bersambal :)

      Padam
  7. aih..baca entry ni malam2 buat perut saya lapar la..saya tak pernah makan mee ni..kat tempat lain ada tak mee ni..nak masak kuah dia senang je..nak cari mee tu yang susah..rm2.50 sebungkus banyak tu macam mahal je kak..:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul DR payah sikit nak cari mee dia tu, kak ana pernah beli di tesco dulu sekali, selalunya mak cik kak ana beli di pasar Teluk Intan :)

      Padam
  8. Kak Ana ni buat SA terliur la...sedapnyaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA pun selalu masak yang sodap2 kan :)

      Padam
  9. Ooo sama je lebih kurang dgn laksa yg biasa tu kan?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain Nora walaupun basicnya isi ikan tapi ia sejenis sup bukan asam pedas :)

      Padam
  10. nak kena gi pangkor la ni ekk?
    aida skali aje pernah sampai pangkor.
    before kawin :)
    da 12 thn kawin ni, lom sampai balik ke pangkor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah tu aida hihi kena pergi lah nampak nya :)

      Padam
  11. Alaaa... Msti sha xleh mkn lg kn k.ana....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aipp tak leh lagi Sha,sabarrrr :)

      Padam