sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 14 Ogos 2015

Resepi Puding Koktail Mudah


Menu ini ana sajikan semasa majlis Hari Raya komuniti kejiranan rumah ana yang kami adakan secara pot luck minggu lepas.Memang meriah selain dari menu-menu utama, apabila di adakan secara potluck pastinya tersaji pelbagai jenis makanan sampingan dari jiran-jiran tetangga.Alhamdulillah, disamping menjalin silaturrahim sesama jiran dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah enak.


Puding koktail berkuah

Resepi Puding Koktail

Bahan-bahan untuk puding kastad :


1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa

Cara-cara:

Satukan semua bahan diatas didalam mangkuk adunan terlebih dahulu dan kacau sebati.
Masukkan kedalam periuk dan panaskan di atas api yang perlahan sambil mengacaunya selalu supaya tidak berketul.
Apabila ia mula meletus dan membeku padamkan api.
Masukkan ke dalam acuan atau loyang dan sejukkan.

Bahan untuk kuah:

1 tin susu cair
1 tin air (sukat dengan tin susu cair)
1 sudu teh esen vanila

Panaskan diatas api seketika supaya menjadi pekat sedikit dan sejukkan.

Bahan koktail

1 tin fruit koktel

Untuk menambah kesedapan ia sesuai di makan sejuk atau boleh juga dicampurkan dengan ketulan ais.


~berkongsi resepi mudah disini~

24 ulasan:

  1. ni makan time petang-petang memang layannn.. hihi..

    btw jom join GA di sini
    http://www.ummiirfan.com/2015/08/giveaway-dari-ummiirfancom.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq lia, in shaa allah akan join nanti ye :)

      Padam
  2. tak pandai lagi nak buat.
    minggu lepas baru buat coconut shake..bole la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nick dah ada mem ni boleh lah mem comelmu buat kan haha :)

      Padam
  3. masa raya haritu pon buat macam ni je senang.. malas nak buat kek ke bagai kan..jadilah ni sebagai desert

    BalasPadam
    Balasan
    1. senangkan yoorin, ringkas je nak buat :)

      Padam
  4. assalamualaikum ana...wah sedapnya tengok ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, sedap sebagai desert kan mama :)

      Padam
  5. lebih kurang resepi kita.
    aida pun kalau ada pe pe majlis, wajib mengkoktel.
    sure abis semangkuk besar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengkoktel ye aida, boleh juga kan, senang dan mudah untuk disediakan serta sedap sangat :)

      Padam
  6. Balasan
    1. SA pun rajin buat kak ana terlioq kan haha :)

      Padam
  7. sedap makan tengah hari ni..sejuk je rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kan Mai sejuk dan lemak manis gituuu :)

      Padam
  8. sedapnya..biasa wat puding biasa je, xreti nak wat kastard tu..nnti leh try ni, nmpak mcm senang je rupanya hehehh..tq share resepi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je noradyani, cubalah ye..semoga sedap kay ,terima kasih singgah ke sini :)

      Padam
  9. suke makan tp tak reti nak buat.. huhu... nk kene try jugak nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom try je hafiza aizzawa, senang je tu, :)

      Padam
  10. salam singgah sini ana..sedapnya..

    BalasPadam
  11. sedap ni... makan sejuk..nyum2.. saya suka makan kuih yang manis dan sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan norsalihah makan sejuk2 baru best kan :)

      Padam