sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 10 September 2015

Cenderahati Dari Port Dickson


Cenderahati dari Port Dickson

 


Inilah antara cenderahati yang sempat ana beli ketika bercuti di Port Dickson minggu lepas.Seutas rantai dengan sebuah loket yang terukir anajingga.com di atasnya.Loket dari stainless steel ini berharga RM15 untuk dua utas di mana ana berkongsi dengan kak long.Jika tidak harganya RM10 satu set.Menarik kan, kerana ukiran yang dilakukan adalah secara percuma dan kita hanya perlu menunggu beberapa minit sehingga ianya siap.Sebelum ini, ana pernah memiliki loket ukiran yang telah ana simpan hampir dua puluh tahun lepas pemberian seseorang yang pernah ana sayangi.Dan ini ialah yang kedua yang juga amat ana sayangi kerana terukirnya anajingga.com.

Selain daripada loket dan rantai, terdapat pelbagai lagi kraftangan, fridge magnet, t-shirt dan lain-lain barang-barang yang di jual di sepanjang bazar jualan di seberang jalan pantai Port Dickson.Ana juga membeli tiga keping fridge magnet Port Dickson dengan harga RM10 untuk 3 keping.Memandangkan anak-anak dah remaja, mereka tidak lagi berminat membeli t-shirt Port Dickson seperti dulu-dulu.Jika dahulu, ke mana sahaja berjalan antara yang wajib di beli untuk anak-anak ialah T-shirt dengan cetakan tempat tersebut.


ukiran nama pada loket

Adik ini sedang menyiapkan ukiran nama pada loket yang tertera anajingga.com.Adik Ika juga membeli empat gelang tangan yang terukir nama kawan-kawan baiknya sebagai hadiah tanda persahabatan mereka.Kreatif dan berbakat sekali adik ini menyiapkan tulisan pada loket dan gelang tangan yang kami tempah.







Selain rantai yang wajib ana beli ketika bercuti ke mana-mana sekalipun ialah fridge magnet.Erm ini sebagai koleksi peribadi ana sendiri dan hadiah kepada adik ipar yang juga sering membelikan ana benda yang sama jika mereka pergi bercuti.Kira sistem barter lah ni..


fridge magnet


fridge magnet


fridge magnet


~berkongsi pengalaman di sini~

16 ulasan:

  1. Pd kat mana Kak Ana? Aritu Cikla g x jumpe pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat depan pantai PD tu Cik La sebelum Teluk Kemang, bila hujung minggu ada macam bazaar kat sana :)

      Padam
  2. bestnya ada satu benda yang boleh kita simpan sampai lamanya and ada nilai sentimental dekat situ..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Dayah, kak ana buat satu sebagai kenang-kenangan nanti :)

      Padam
  3. Menarik! kalau ukir atas FM pun mesti lawaa kan :) fiza follow sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih fiza sudi bersama kak ana di sini :)

      Padam
  4. dah banyak cenderahati dijual kat situ ye..masa CP gi tak banyak lagi

    BalasPadam
  5. wow menarik tak sangka PD ade macam macam menarik menarik
    Next trip nak g visit


    Rahsia Bayi Pintar

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe aula, macam-macam ada kat PD sekarang ni :)

      Padam
  6. wah banyak ya..pasti nanti ada yang bertuah lah ..hehehe

    BalasPadam
  7. pastinya jika ke suatu tempat, cenderahati lah yang selalu di cari untuk di buat kenangan

    BalasPadam
  8. Kak.. Nak tanya.. Kak buat nama ni kat teluk kemang ke apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Rara, kat salah satu gerai seberang pantai tu, pantai teluk kemang tu kalau tak silap ,lama dah ni :)

      Padam