Cenderahati dari Port Dickson

 


Inilah antara cenderahati yang sempat ana beli ketika bercuti di Port Dickson minggu lepas.Seutas rantai dengan sebuah loket yang terukir anajingga.com di atasnya.Loket dari stainless steel ini berharga RM15 untuk dua utas di mana ana berkongsi dengan kak long.Jika tidak harganya RM10 satu set.Menarik kan, kerana ukiran yang dilakukan adalah secara percuma dan kita hanya perlu menunggu beberapa minit sehingga ianya siap.Sebelum ini, ana pernah memiliki loket ukiran yang telah ana simpan hampir dua puluh tahun lepas pemberian seseorang yang pernah ana sayangi.Dan ini ialah yang kedua yang juga amat ana sayangi kerana terukirnya anajingga.com.

Selain daripada loket dan rantai, terdapat pelbagai lagi kraftangan, fridge magnet, t-shirt dan lain-lain barang-barang yang di jual di sepanjang bazar jualan di seberang jalan pantai Port Dickson.Ana juga membeli tiga keping fridge magnet Port Dickson dengan harga RM10 untuk 3 keping.Memandangkan anak-anak dah remaja, mereka tidak lagi berminat membeli t-shirt Port Dickson seperti dulu-dulu.Jika dahulu, ke mana sahaja berjalan antara yang wajib di beli untuk anak-anak ialah T-shirt dengan cetakan tempat tersebut.


ukiran nama pada loket

Adik ini sedang menyiapkan ukiran nama pada loket yang tertera anajingga.com.Adik Ika juga membeli empat gelang tangan yang terukir nama kawan-kawan baiknya sebagai hadiah tanda persahabatan mereka.Kreatif dan berbakat sekali adik ini menyiapkan tulisan pada loket dan gelang tangan yang kami tempah.







Selain rantai yang wajib ana beli ketika bercuti ke mana-mana sekalipun ialah fridge magnet.Erm ini sebagai koleksi peribadi ana sendiri dan hadiah kepada adik ipar yang juga sering membelikan ana benda yang sama jika mereka pergi bercuti.Kira sistem barter lah ni..


fridge magnet


fridge magnet


fridge magnet


~berkongsi pengalaman di sini~