Kicap Bukan Lagi Makanan Orang Susah

by - Thursday, September 10, 2015


Kicap Bukan Lagi Makanan Orang Susah


Tengahari tadi, ana dan suami balik dari pasar membeli stok makanan untuk seminggu dan agak lewat sampai ke rumah.Kami singgah makan di sebuah gerai kesukaan kami di Bandar Country Homes ni.Sambil makan terpandang botol kicap di atas meja dan terlihat harganya.Mak aii RM10.60 sebotol.Mahalnya ada GST lagi tu.Ermmmm kemudian suami berkata, sekarang ni kicap bukan lagi makanan orang susah dah sebab orang yang kurang berkemampuan sendiri tak mampu nak beli sebotol kicap dengan harga sebegini.

Ada betulnya kan, jika dahulu selalu kita dengar kisah mereka yang tidak berkemampuan berkata, hari ini kita makan nasi dengan kicap sahaja.Dahulu sebotol kicap hanya berharga seringgit lebih, lebih kurang.Sekarang nak beli kicap pun bukan main mahal, termasuk GST lagi tu.

Namun, bukan semua kicap berharga sebegitu, ada yang masih mampu untuk dibeli.Pastikan dahulu halal  dan paling tidak pun carilah keluaran Bumiputera.Banyak terdapat di pasaran.Jadilah pengguna yang bijak, berbelanja ikut kemampuan kita.Bagi ana yang hanya bergantung pada pendapatan suami, pasti akan membeli produk yang lebih murah, ialah pada harga sebotol kicap sebegini, ana boleh beli tiga botol berlainan seperti  kicap,sos tomato dan sos cili.Dah banyak jimat di sana kan.

Kalau yang mampu ,ikutlah selera masing sebab pada ana kicap tetap sebagai kicap penambah perisa dalam makanan dan juadah kita.Tidak bermaksud untuk menkodem mana-mana produk cuma meluah rasa yang letih dengan penambahan kos hidup yang semakin membebankan hari ke hari.Rasanya dah sehabis ikhtiar berjimat cermat dan semoga apa juga yang kita lakukan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya juga.Amin Ya Rabb.

You May Also Like

20 comments

  1. kicap kipas udang ekarang sebotol cecah RM10..Hohoho

    ReplyDelete
  2. apa ja sekarang ada GST ..dah tak happy pergi shoping ...kadangkala risau banyak sangat harga barang hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Etuza Etuza, sangat membebankan kita kan :)

      Delete
  3. itulah.. mahalkan harga kicap sekarang

    ReplyDelete
  4. kicap kipas udang memang mahal sangat skrg tapi tetap saya setia dengan cap kipas udang :) pernah juga beberapa tahun lepas kicap ni ada yg tiruan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Mieja rasanya memang sedap, pernah juga kak ana terdengar kisahnya suatu masa dahulu kan :)

      Delete
  5. salam sis.. betol sis... mana ada untuk org susah lagi... tambah brand nih urmmm memang dah mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm maksud kak ana intan kita dah boleh nak kata masa susah makan nasi dengan kicap sahaja kan hihi :) sebab kicap pun mahal .

      Delete
  6. ye ke?? omaigod RM10?? aduyaii serius tak perasan selama ni

    Rahsia Bayi Pintar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, lama dah kak ana rasa harga macam tu cuma tadi baru perasan nak up entri hihi :)

      Delete
  7. Dulu kicap..sardin..dianggap makanan orang susah sebab murah..sekarang orang senang pun takut nak makan kicap dengan sardin..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah fakta yang ingin kak ana sampaikan PC :)

      Delete
  8. kena kurang kan pengunaan perasa la bila semua dah mahal.

    #kttshaklee #korangtautak #didyouknow

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm boleh SR, bijak mencari yang alternatif :)

      Delete
  9. agak mahal tu k.ana..khaty makan kicap cap udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak alternatif lain kan khaty boleh kita pilih

      Delete
  10. hahaha kicap pun mahai dah la ni.. huurm.. tabahlah sahabat2 sekalian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabah lah kan CT, cari je kicap yang masih mampu milik hihi :)

      Delete