Kicap Bukan Lagi Makanan Orang Susah


Tengahari tadi, ana dan suami balik dari pasar membeli stok makanan untuk seminggu dan agak lewat sampai ke rumah.Kami singgah makan di sebuah gerai kesukaan kami di Bandar Country Homes ni.Sambil makan terpandang botol kicap di atas meja dan terlihat harganya.Mak aii RM10.60 sebotol.Mahalnya ada GST lagi tu.Ermmmm kemudian suami berkata, sekarang ni kicap bukan lagi makanan orang susah dah sebab orang yang kurang berkemampuan sendiri tak mampu nak beli sebotol kicap dengan harga sebegini.

Ada betulnya kan, jika dahulu selalu kita dengar kisah mereka yang tidak berkemampuan berkata, hari ini kita makan nasi dengan kicap sahaja.Dahulu sebotol kicap hanya berharga seringgit lebih, lebih kurang.Sekarang nak beli kicap pun bukan main mahal, termasuk GST lagi tu.

Namun, bukan semua kicap berharga sebegitu, ada yang masih mampu untuk dibeli.Pastikan dahulu halal  dan paling tidak pun carilah keluaran Bumiputera.Banyak terdapat di pasaran.Jadilah pengguna yang bijak, berbelanja ikut kemampuan kita.Bagi ana yang hanya bergantung pada pendapatan suami, pasti akan membeli produk yang lebih murah, ialah pada harga sebotol kicap sebegini, ana boleh beli tiga botol berlainan seperti  kicap,sos tomato dan sos cili.Dah banyak jimat di sana kan.

Kalau yang mampu ,ikutlah selera masing sebab pada ana kicap tetap sebagai kicap penambah perisa dalam makanan dan juadah kita.Tidak bermaksud untuk menkodem mana-mana produk cuma meluah rasa yang letih dengan penambahan kos hidup yang semakin membebankan hari ke hari.Rasanya dah sehabis ikhtiar berjimat cermat dan semoga apa juga yang kita lakukan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya juga.Amin Ya Rabb.