Sekali lagi kami jalan-jalan cari makan, kali sampai ke Gombak penangan mencari aiskrim kelapa muda yang dikongsikan gambarnya oleh seorang sahabat ana di Instagram, Zapidah. Terima kasih atas perkongsian dan lokasinya, kami berjaya juga menjejak aiskrim kelapa muda. Memang menjadi kegilaan masa kini mencuba pelbagai menu makanan yang unik yang ada di sekitar kita kan. Sebelum ini ana pernah mencuba aiskrim kelapa yang terkenal iaitu Sangkaya di SINI . Kali ini ana kongsikan pula aiskrim kelapa yang agak tradisional sedikit citarasanya. Teruskan pembacaan di www.anajingga.com :) 

Aiskrim Kelapa Muda


aiskrim kelapa muda di gombak

Amacam?? Nampak sedap tak?? Kena pula tengahari rembang yang panas leting ni kan.. pekena aiskrim kelapa muda punyalah nyaman. Erm secara jujur ana katakan disini, aiskrim kelapa muda ini sangat sedap. Dan menambah kesedapannya lagi apabila ia disajikan bersama pulut, yang berwarna hijau tu pulutnya, isi kelapa muda, buah kabung, roti yang dipotong kecil-kecil di bahagian dasarnya dan di taburkan dengan kacang goreng di atasnya. Memang lazat sangat. Dan lebih istimewa lagi, aiskrim kelapa ni dibuat sendiri oleh pemilik gerai ini. Ia mengambil idea dari penjual di River Market di Hatyai, Thailand.


aiskrim kelapa di gombak

Selain ada aiskrim kelapa muda, pilihan lain yang ada disini ialah aiskrim nenas. Masih menggunakan aiskrim kelapa cuma kombinasinya kali ini ialah di sajikan bersama parutan nenas, dan bahan-bahan sampingan yang sama seperti pulut, buah kabung, roti dan kacang goreng. Tidak mengecewakan juga dari segi rasanya.Ia dihidangkan di dalam nenas yang dipotong separuh. Menarik dari segi hidangannya. Dan yang paling istimewa, kedua-dua menu aiskrim ini cuma berharga RM 5 sahaja. Murah kan.Terdapat empat scoop aiskrim di dalam setiap sajian.

Lokasi ke Gerai Aiskrim Kelapa Muda ,Gombak



aiskrim kelapa gombak


Untuk ke sini, landmark yang paling mudah untuk kita cari ialah Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Gombak (SBP Gombak) yang terletak di Batu Lapan, Daerah Gombak. Dihadapan sekolah terdapat satu persimpangan lampu isyarat dan di hadapannya ada deretan gerai-gerai makan dan buah-buahan. Gerai aiskrim kelapa muda ini berada di salah satu deretan gerai tersebut. Papan tanda berwarna hijau yang tertulis Ice Cream Kelapa Muda jelas kelihatan dari tepi jalan. 



aiskrim kelapa muda gombak
Bekas yang digunakan untuk menyimpan aiskrim kelapa muda 

Apa lagi jika berada di sekitar Gombak , bolehlah singgah dan mencuba keenakkan citarasa aiskrim kelapa muda di sini. Gerai ini juga ada menjual menu-menu lain seperti keropok lekor, hidangan tomyam, nasi goreng dan sebagainya. Jom kita jalan-jalan cari aiskrim kelapa muda di Gombak pula kali ini. 

30 Comments

  1. assalam
    yummynya

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba cari nanti. Nampak sedap sangat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak cik,kak cik pun suka jalan-jalan cari makan kan :)

      Delete
  3. Terliur pulak tengok pagi2 hari ni Ana..
    Macam nak mencari jugak ni :)

    ReplyDelete
  4. menarik tapi nak cuba sangkaya dulu sebab belum pernah try lagi hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangkaya pun sedap juga cubalah , beza dari segi hargalah LZ :)

      Delete
  5. Akak.... kita puasa ni.. terliur dahh...

    Nyesal tak boleh sabar... huhu

    ReplyDelete
  6. wahhh.. nampak sedaaap sangat.. tapi takda kat labuan T_T haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa sian lisa, meh datang semenanjung kay :)

      Delete
  7. macam sedapa jaaaa.. kena p cari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari TASZ, jangan tak cari detail dah ada dalam entri tu hihi :)

      Delete
  8. sedapnya...Kak Ana bila nak banje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom SA kak ana order SA bayar ye hiihii :)

      Delete
  9. Mmm..memang terliur dan terasa kesedapannya...

    ReplyDelete
  10. tengok gambar pun dah terliur apatah lagi kalau dah ngap masuk dalam mulut. sedapnyaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rasa sendiri Nur Najah kesedapannya :)

      Delete
  11. menarik nyer !!!
    da lama sungguh aida x ke gombak.
    tempat belajar tu :)
    rindu nak ke ongtaikim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida dulu menuntut di gombak rupanya, boleh ke sini bila datang gombak nanti kay :)

      Delete
  12. Wah! Mabeles sungguh antara menu yg wajib di cuba ni...mana tau ada rezeki terjejak sampai ke gombak..bleh la saya carik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. carikk malinda, jangan tak carikk rugiiiii hihi :)

      Delete
  13. Replies
    1. haha kena pula time panas leting ni kan TunSha :)

      Delete
  14. menariknya, nanti nak cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tau Raihanah kalau ke Gombak nanti :)

      Delete
  15. Salam ziarah & salam kenal AJ...

    Hampir hari2 lalu sini tapi tak pernah try pun :D malu nak ngaku orang Gombak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe salam ukhuwah juga Puan Hazel, in shaa Allah satu hari nanti singgah lah kan merasainya sendiri :) terima kasih atas kunjungan

      Delete