Sekali lagi kami jalan-jalan cari makan, kali sampai ke Gombak penangan mencari aiskrim kelapa muda yang dikongsikan gambarnya oleh seorang sahabat ana di Instagram, Zapidah. Terima kasih atas perkongsian dan lokasinya, kami berjaya juga menjejak aiskrim kelapa muda. Memang menjadi kegilaan masa kini mencuba pelbagai menu makanan yang unik yang ada di sekitar kita kan. Sebelum ini ana pernah mencuba aiskrim kelapa yang terkenal iaitu Sangkaya di SINI . Kali ini ana kongsikan pula aiskrim kelapa yang agak tradisional sedikit citarasanya. Teruskan pembacaan di www.anajingga.com :) 

Aiskrim Kelapa Muda


aiskrim kelapa muda di gombak

Amacam?? Nampak sedap tak?? Kena pula tengahari rembang yang panas leting ni kan.. pekena aiskrim kelapa muda punyalah nyaman. Erm secara jujur ana katakan disini, aiskrim kelapa muda ini sangat sedap. Dan menambah kesedapannya lagi apabila ia disajikan bersama pulut, yang berwarna hijau tu pulutnya, isi kelapa muda, buah kabung, roti yang dipotong kecil-kecil di bahagian dasarnya dan di taburkan dengan kacang goreng di atasnya. Memang lazat sangat. Dan lebih istimewa lagi, aiskrim kelapa ni dibuat sendiri oleh pemilik gerai ini. Ia mengambil idea dari penjual di River Market di Hatyai, Thailand.


aiskrim kelapa di gombak

Selain ada aiskrim kelapa muda, pilihan lain yang ada disini ialah aiskrim nenas. Masih menggunakan aiskrim kelapa cuma kombinasinya kali ini ialah di sajikan bersama parutan nenas, dan bahan-bahan sampingan yang sama seperti pulut, buah kabung, roti dan kacang goreng. Tidak mengecewakan juga dari segi rasanya.Ia dihidangkan di dalam nenas yang dipotong separuh. Menarik dari segi hidangannya. Dan yang paling istimewa, kedua-dua menu aiskrim ini cuma berharga RM 5 sahaja. Murah kan.Terdapat empat scoop aiskrim di dalam setiap sajian.

Lokasi ke Gerai Aiskrim Kelapa Muda ,Gombak



aiskrim kelapa gombak


Untuk ke sini, landmark yang paling mudah untuk kita cari ialah Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Gombak (SBP Gombak) yang terletak di Batu Lapan, Daerah Gombak. Dihadapan sekolah terdapat satu persimpangan lampu isyarat dan di hadapannya ada deretan gerai-gerai makan dan buah-buahan. Gerai aiskrim kelapa muda ini berada di salah satu deretan gerai tersebut. Papan tanda berwarna hijau yang tertulis Ice Cream Kelapa Muda jelas kelihatan dari tepi jalan. 



aiskrim kelapa muda gombak
Bekas yang digunakan untuk menyimpan aiskrim kelapa muda 

Apa lagi jika berada di sekitar Gombak , bolehlah singgah dan mencuba keenakkan citarasa aiskrim kelapa muda di sini. Gerai ini juga ada menjual menu-menu lain seperti keropok lekor, hidangan tomyam, nasi goreng dan sebagainya. Jom kita jalan-jalan cari aiskrim kelapa muda di Gombak pula kali ini.