Perkongsian ini ana dapat dari salah sebuah group di whatsapp yang mengingatkan kami semua berhati-hati dan cuba elakkan diri jika terlihat individu menghampiri dengan sekeping kad berwarna hitam. Kad ini boleh bertukar menjadi senjata merbahaya, sebilah pisau yang tajam. Nauzubillahi Min Zalik... Semoga dijauhkanlah olehNya dari terjadi dikalangan kita semua... Aamiin..


Kadang-kadang terfikir juga lah oleh akal fikiran yang tidak berapa pandai ni, kenapa lah perlunya ciptaan yang sedemikian rupa, yang jelas-jelas digunakan untuk keburukkan. Semakin maju semakin banyak perkara yang tak terjangkau fikiran boleh berlaku. Sebenarnya, amaran dan penyebaran sebegini banyak kebaikannya. Sekurang-kurangnya kita telah berwaspada pada persekitaran. 


Jenayah kini datang dalam pelbagai cara, menakutkan sungguh. Walaupun kita berada di perkarangan rumah sendiri, kenalah sentiasa beringat dan senjata kita sebagai seorang Islam pastinya berdoa setiap ketika mohon dijauhkan dari segala keburukkan dari dunia hingga akhirat.Sentiasa juga beringat, peka pada persekitaran dan sedaya upaya mempastikan sekeliling kita selamat dari sebarang perilaku yang boleh mengundang bahaya. In Shaa Allah. 

22 Comments

  1. dasyatnye...dari sekeping kad bole betuko jadi senjata...betol tu hanya mampu berhati2 dan mohon perlindungan dari DIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Malinda, berdoa, usaha dan minta dijauhkanNya , amiin :)

      Delete
  2. AllahhuAkbar...

    ada sahaja idea para penjenayah ni... :(

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. boleh yaya, tapi banyak yang disalahgunakan :)

      Delete
  4. minta perlindungan dariNya saja yg kita mampu kan.dan sentiasa berwaspada

    ReplyDelete
  5. Macam2 teknologi yang dia orang cipta. Kalau yang ke arah kebaikan tak apalah juga.Moga sentiasa dalam peliharaanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kan zaitun, semakin maju semakin gusar kehidupan manusia mencari kesenangan dengan pelbagai kaedah :)

      Delete
  6. bahaya takut disalah gunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu arz, kebanyakkannya di salah gunakan ke arah keburukkan , Nauzubillahi min zalik

      Delete
  7. PErghhh.... mana nak dapat nih? nak bawak pegi merewang... potong bawang.. ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi SS kan main nak merewang dengan pisau gini hihi :)

      Delete