sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 5 Februari 2016

Che Mat Delights - Selera Pantai Timur


Ana ni bertuah sangat apabila berjiran dengan Man dan Ida yang rajin bawa kami jalan-jalan cari makan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka memang mahir sangat kat mana ada menu-menu makanan unik dan sedap untuk dinikmati. Kali ini kami ke Damansara Perdana untuk makan tengahari selera Pantai Timur atau lebih ngam lagi selera ore' Kelate'. Memang pure masakan Kelantan di sini. Dimana?? Di Che Mat Delights, Damansara Perdana.

Che Mat Delights - Selera Kelantan

 

masak lemak ayam kampung

Amacam?? Ni baru intro gambarnya...belum tengok depan mata lagi. Uniknya sajian menu di Che Mat Delights ni tidak menyajikan jumlah menu yang banyak. Maksud ana, terdapat lebih kurang sepuluh menu untuk makan tengahari kami hari tu, antaranya yang ana ingat ayam kampung masak lemak, ikan patin masak lemak tempoyak, singgang ikan, ayam kampung goreng, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal dan paling best encik budu lah. Itu sahaja seingat ana, namun ia memudahkan kita membuat pilihan untuk di makan bersama nasi putih. Mudah dan pasti kena dengan kombinasi makan tengahari yang simple sebegini.



Lihat sahaja salah satu sajian makan tengahari yang kami ambil ni, gabungan ayam kampung masak lemak dengan kuah dan ulam-ulaman di cicah budu sudah cukup mengenyangkan dan menambah selera makan. Tak perlu mengambil pelbagai menu dalam satu pinggan, sudah cukup sedap untuk dinikmati. 


sambal dan ulam-ulaman
Sambal dan ulam-ulaman segar


Deretan budu yang paling memikat hati

Ana sebenarnya sebelum berkahwin dengan suami yang berasal dari Kelantan ni, memang tak pernah makan budu. Maklumlah kami orang utara, nak-nak lagi anak jati Perak pastinya penggemar tempoyak. Tapi yelah dah sebumbung dengan orang yang makan budu, sekali mencuba makan budu sampai hari ini terus berkenan. Malah anak-anakpun suka makan nasi bersama budu. Cuma budu yang sedap dan sesuai dengan selera kami pastinya cap ketereh. Kalau yang lain-lain tu agak kurang sedapnya. Budu ni di makan bersama hirisan cili api, bawang merah dan perahan asam limau. Di Che Mat Delight disajikan dengan ulam mangga muda dihiris halus. Lagilah sedap....


Ayam kampung goreng dan singgang ikan

singgang ikan
Singgang ikan

Ikan goreng

teh ais


Ermm cuba pandang gelas air ni, ianya teh ais yang memang betul-betul kaw, pekat manis sedap gilerrr... Menu minuman disini juga tidak banyak, memang kelaziman orang Kelantan kita minuman wajibnya teh o dan teh o ais. Menurut Man yang telah beberapa kali makan di sini, terdapat juga teh hijau, cuma bukan rezeki ana hari tu kerana tiada disediakan untuk hari tersebut. Man juga memberitahu minuman disini boleh diisi semula, atau refill, wah ni dah bagus sangat.Adik Ika siap refill dan bawa balik, percaya tak sampai esoknya diletakkan dalam petisejuk masih terasa kaw lagi teh ais ni. Gelasnya pula bersaiz besar tau, bukan saiz selalu jual di pasar malam tu...


senarai harga makanan  di che mat delights

Ini pula senarai harga menu di Che Mat Delights ni, harga adalah tertakluk pada perubahan. Yang ana paparkan disini ialah pada hari entri ini diterbitkan. Namun ianya sangat-sangat berbaloi dengan keenakkan makanan yang disajikan. Tuan kedai amat peramah dan melayan setiap pelanggan yang makan dengan mesra. Bagai tak percaya bila kami makan berlima tengahari tu cuma dicaj RM 45 sahaja. Mungkin kerana adanya Man yang merupakan pelanggan tetap disini agaknya. Terima kasih Man dan Ida.. :) 


Suasana sempoi di dalam kedai, penuh pelanggan tengahari tu

Luar kedai Che Mat Delight tanpa papantanda

Namun untuk mencari kedai makan Che Mat Delight ni agak payah sikit bagi yang pertama kali ke sini kerana ia tidak menggantung signboard atau papan tanda perniagaan. Ramai juga yang merungut untuk mencari di mana kedai ni, mungkin ada sebab kenapa tuan  kedai tidak menaikkan papan tanda, harap-harap akan datang bolehlah dipertimbangkan untuk meletakkan papan tanda kan, bagi memudahkan orang ramai datang ke sini, In Shaa Allah.


Alamat ke CheMat Delights

Instagram dan FB CheMat Delights

Untuk memudahkan pencarian lokasi dan juga bertanyakan menu-menu harian boleh sahaja menghubungi nombor whatsapp yang tertera di atas, serta melihat sajian menu lain yang ada di laman-laman sosial Instagram dan Facebook Che Mat Delights. Khas untuk orang-orang Kelantan dan Pantai Timur yang merindui menu masakan kampung, bolehlah ke sini menjamu selera. Bagi ana sendiri, masak lemak ayam kampung disini memang sedap sangat, first class dan masih terasa hingga ke hari ni... 



36 ulasan:

  1. Wah best ni kak Ana..nak cuba juga. lauk dia memang simple nampaknya tu tapi sangat membangkit selera plak tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan ros, menu masakan harian yang sedap ni :)

      Padam
  2. Ain pun sejak belajar kat Kota Bharu dulu belajar2 la makan budu.. yg cup ketereh tu okey skit rasanya kan.. :)

    tp kat sini, siap ada hirisan mangga muda ehh..? sedap tu.. boleh cuba la nanti selain masak tempoyak yang tengok gambar pun dah telan air liur dibuatnya tu.. hahahaha..!!

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah ain kalau berada di area2 damansara perdana nanti, :)

      Padam
  3. cap ketereh tu memang famous kan kak ana.. satu lagi tu cap apa ntah.. lupa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah zaf cap keterah tu memang famos amous , cap yang apa ntah tu tak pernah dengar lagi ..ngeee hihi :) ada jer ko ni Zaf :)

      Padam
  4. nampak sedap semuanya..kedai pun nampak tenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah mar, masakan di memang sedap kena dengan selera kak ana :)

      Padam
  5. wah wah.. menu paling power kat kelate kat sana hii.. cuma ada menu yang tak pernah makan ..ikan singge...entah lah tak boleh makan ..tekak tak masuk.. huu ore kelate.. tapi tak makan ikan singgang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah.. semua menu kelate ada sini wani, hihi ekceli kak ana pun kurang singge ni, makanan ore demam jaa kan haha :) ikutlah selera masing2 kan ..

      Padam
  6. Kalau semuanya sedap menu sedkit pun tak apa..senang nak pilih dari rambang mata nak makan yang mana satu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak mala, senang dah nak buat pilihan dengan menu yang sedikit macam ni, kombinasi selera yang kena dah tu hihi :)

      Padam
  7. Terliur pulak tengok pinggan ana ayam kg masak lemak tu...
    Sedap sgt tu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi CH, boleh pulak ye..sedap CH masakan disini :)

      Padam
  8. Hadoiii, mak buyung tgk terliurrr ini. Sedap nya makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uii ampunnn mak buyung, hihi kena pii cari lah nampaknya makanan semua kat atas tu kan :)

      Padam
  9. Bunda pun suka menu orang kelantan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Bunda sesekali makan makanan orang kelantan memang sedap juga :)

      Padam
  10. wahh..nasi ulam..kak..memg budu cap ketereh je plg sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Sha, paling win budu cap ketereh ni :)

      Padam
  11. banyaknya makanan....
    tambah2 tgk ada ulam dgn teh ais tu
    sedap sgt rasanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan KB, memang kena dah tuu hihi :)

      Padam
  12. Terliur tengok nak-nak tengah lapar huhuuuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. tengah lapar lagi meruntun jiwa kan Mrs A haha :)

      Padam
  13. pergh// anjingga buat cik en kelaparan.. tgh diet niiiii

    BalasPadam
  14. Wah..mmg nmpk menyelerakan...

    *cikla Ada tag Kak Ana tau..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/02/first-giveaway-by-shazhoniee.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh menyelerakan kan cik La, okay no hal cik La. all the besr dalam GA kay :)

      Padam
  15. Adoilah.. susah juga mencari kedai yang tidak berpapan tanda nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha boleh je jumpa Sha kalau dah ada disekitar Damansara Perdana ni hihi :)

      Padam