sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 22 Februari 2016

Tempat-tempat Menarik di Cameron Highland


Tempat-tempat Menarik di Cameron Highland 


Hari ini ana rangkumkan semula catatan percutian dan pengalaman ana setiap kali makan angin ke tanah tinggi Cameron Highland, Pahang. Memang sejak dari bangku sekolah lagi antara destinasi yang paling kerap ana dan keluarga makan angin ialah ke Cameron Highland. Banyak faktor penyebab antaranya jarak yang tidak berapa jauh dari kampung halaman ana di Teluk Intan, melalui Tapah. Keduanya faktor cuaca yang sejuk memang menyeronokkan dan pastinya ana dan mak serta makcik-makcik memang penggemar bunga-bungaan. Dari catatan pengalaman ana sendiri, hari ini ana rangkumkan beberapa destinasi tempat-tempat menarik yang wajib singgah jika kita bercuti ke Cameron Highland.





Perjalanan ke Cameron Highland 

Dari pembacaan dan pengalaman ana sendiri terdapat empat jalan utama untuk sampai ke Cameron Highland.

Perjalanan ke Cameron Highland melalui pekan Tapah :


Inilah laluan utama atau dahulunya satu-satunya jalan ke Cameron Highland sebelum adanya laluan Simpang Pulai, Gua Musang dan Raub.Mendaki gunung sejauh lebih kurang 40-50km dari pekan Tapah memang sangat mencabar dengan laluan dua hala iaitu sehala turun dan sehala naik sahaja. Bagi yang tidak tahan pasti mudah berasa pening kepala dengan selekoh-selekoh tajam dan berliku-liku. Bagi yang tak biasa ana nasihatkan tidak makan dengan banyak sebelum pendakian dan makanlah ubat tahan muntah untuk mengelakkan dari termuntah di dalam kenderaan. Destinasi pertama yang akan kita tiba di Cameron Highland adalah Ringlet.

Perjalanan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai,Ipoh.


Perjalanan melalui Simpang Pulai ke Cameron Highland jauh lebih selesa kerana kita akan memasuki lebuhraya dan keluar di exit Simpang Pulai menuju ke Cameron Highland. Laluan dua lorong mendaki disesetengah perjalanan dan luas serta kurang berliku jika dibandingkan dengan laluan Tapah. Namun tetap ada banyak selekoh untuk ditempuhi. Kita akan sampai terus ke puncak Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai ini iaitu di Kampung Raja, kemudian menuruni sehingga ke Brinchang,Tanah Rata dan Ringlet.

Perjalanan ke Cameron Highland dari pantai timur, Gua Musang atau Raub, Pahang.


Ana tidak dapat berkongsi pengalaman melalui kedua-dua jalan ini kerana tidak pernah melaluinya. Dari pembacaan di laman web, perjalanan dari Kelantan di Gua Musang melalui Pulai, Poring dan tiba di Tringkap,Cameron Highland dan menuruni semula sehingga ke Ringlet. Waallahu alam. (Boleh cari di carian Google untuk maklumat yang lebih tepat).

Bandar-bandar di Cameron Highland 

 

Ringlet:  

Bandar pertama yang akan kita jejaki apabila melalui perjalanan dari Tapah. Ringlet lebih kepada aktiviti harian penduduk Cameron Highland dan tiada destinasi menarik untuk dikunjungi di sini kecuali terdapat sebuah hotel di hadapan tasik yang dulunya amat indah, namun kini airnya telah menjadi keruh. Disini terdapat pusat jualan sayuran dan bungaan atau ana panggil last check point untuk shoping sebelum turun balik ke Tapah.

Tanah Rata :

Disini terdapat segala kemudahan asas seperti Hospital, bank-bank,pasar,hotel-hotel bajet dan mewah,taman permainan,stesen minyak, ladang teh dan sebagainya. Ramai juga memilih untuk bermalam disini kerana disini juga mudah untuk makan dan minum dengan harga yang agak murah jika dibandingkan di pekan-pekan yang lebih tinggi ke atas.


Brinchang :

Destinasi tumpuan pelancung ke Cameron Highland. Banyak hotel-hotel, dan pelbagai tarikan menarik di sini khasnya pasar malam, tempat-tempat penjualan seperti kebuh-kebun strawberi, pusat jualan cenderhati,bunga-bungaan dan sebagainya. Agak mencabar jika berada di Brinchang diketika cuti-cuti umum kerana ianya akan mengalamai kesesakkan trafik yang teruk.

Kea Farm :

Pusat jualan sayur-sayuran dan buahan-buahan yang wajib dikunjungi oleh pengunjung ke Cameron Highland. Sekali lagi tempat paling jem dan sesak dengan kunjungan di waktu percutian puncak.Bertabahlah untuk ke sini.

Blue Valley ;

Paling ana minati untuk ke sini. Banyak ladang sayuran seperti ladang kobis , kebun bunga-bungaan dan sebagainya.

Tringkap :

Disini terdapat juga banyak kebun-kebun bunga dan pusat jualan pelbagai sayuran dan bunga-bungaan. Paling menarik disini ialah taman bunga ros.


Antara destinasi menarik yang pernah ana kunjungi di Cameron Highland :

1.Mardi- Tanah Rata, Cameron Highland 

 


Boleh baca entri penuh tentang lawatan ana ke Mardi di sini - http://www.anajingga.com/2016/02/mardi-cameron-highland.html  

2.Ladang-ladang Teh di Cameron Highland 

 
ladang teh di cameron highland


ladang teh cameron highland


Terdapat beberapa lokasi ladang-ladang teh yang boleh kita singgah dan lawati di Cameron Highland.Subhanallah, saujana mata memandang dan kedinginan menusuk tubuh jika kita berada disini di awal pagi. Antara yang sering dikunjungi ialah di ladang teh Bharat Tea, ladang Teh Boh dan sebagainya. Disini juga terdapat tempat minum teh yang segar dan jualan produk teh pelbagai perisa.

KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI LOKASI & FOTO LADANG-LADANG TEH YANG ADA DI CAMERON HIGHLAND --> SINI


Pasar malam, Brinchang 


pasar malam brinchang,cameron highland







Disini terdapat pelbagai jualan produk,sayuran,buah-buahan,bunga,makanan dan minuman yang unik di Cameron Highland. Masalah untuk ke sini ialah jem yang kritikal dan masalah parkir kenderaan. kena banyak bersabar jika bercuti di waktu-waktu peak season kay. 

Ye Olde Smoke House Hotel & Restaurant, Cameron Highland 

 

Tak best kalau ke Cameron Highland tanpa singgah bergambar disini.Namun kunjungan terbaru ke sini kita tidak lagi dibenarkan masuk ke kawasan dalam bangunan Smoke House ini.Nampak tak dah ada tali penghadang dan terpacak seorang pengawal yang hanya membenarkan kita mengambil gambar dari luar kawasan sekitar sahaja.Mungkin kehadiran pelawat mengganggu penghuni hotel dan restauran disini, agaknya :( 

Ladang Lavender, Cameron Highland 




Terletak di Tringkap, Cameron Highland dan pastinya bagi mereka seperti ana ang belum diizinNya ke luar negara kunjungan ke Ladang Lavender disini juga amat teruja sekali, cantik dam indah pandangan memukau mata memandang keindahan ciptaanNya. Maha Suci Allah.Pelbagai kuntuman spesis bunga-bungaan ditanam disini. 

Okaylah memandangkan banyak lagi senari tempat-tempat menarik yang ada di Cameron Highland untuk dilawati ana senaraikan dibawah ini dan boleh dijadikan panduan untuk mengisi lawatan jika ke sini nanti. In shaa Allah .

Taman rama-rama 
Cactus Valley 
Big Red Strawberi Farm 
Kea Farm
Taman Madu  Lebah Ee Feng Gu 
Ros Centre
Muzium Time Turnel

Baca juga pengalaman penginapan ana di sebuah penthouse lima bilik di Villa Dahlia di SINI  dan baru-baru ni penginapan di sebuah butik hotel di SINI  . Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat mereka yang tercari sedikit info tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Yang baik semua datangnya dari Allah swt dan yang silap dan buruk adalah dari kekerdilan ana sebagai hambaNya. 




20 ulasan:

  1. Wahh jalan jalan Cameron. Bestnya !

    BalasPadam
  2. Selalu naik dekat Simpang Pulai.. jalan ok sikit dari Tapah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya zaf, kalau dari utara melalui simpang pulai lebih dekat dah kan :)

      Padam
    2. Jika datang dari arah Kl/Melaka pun saya cadangkan utk naik ikut Simpang Pulai juga..
      Sekali aje melalui tapah, serik sikit..
      Sbb jalan terlalu sempit dan agak bahaya..

      Biar jauh sikit, asal selamat.. :)

      Tp x jauh mana, tanmmbah dkm 30km aje..

      www.AnugerahHomestay.com

      Padam
    3. boleh sahaja melalui mana-mana jalan yang sesuai :)

      Padam
  3. ingat cuti sek bln 3 nanti nak pegi pahang..tapi bukan cameron, pilih cherating..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pahang banyak destinasi menarik kan Nick, salah satunya cherating lah , selamat berhoney moon lagi :)

      Padam
  4. lamanya liya tak pergi cameron .. teringin juga nak pergi tapi asal plan je mesti tak jadi hehehe... so nmpk gayanya lepas ni kalau nak pergi tak payah plan2 bagai.. terjah je iye dak...

    jom kak ana kita pergi... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Liya, ada kala nya hat main terjah tu menjadi juga kan :)

      Padam
  5. wahhh..bestnyee..boleh la masukkn dlm list utk honeymoon nnti..ehhh.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak ikut zatie honeymoon bolehhhh :)

      Padam
  6. Ala smoke house tu dah tak boleh masuk yer, tak pernah bergambar kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah zumal, dulu boleh je kat keliling hotel tu laa ni tak boleh dah kat luar2 tu boleh lah lagi :(

      Padam
  7. Rindu nak jalan2 kat sini.. Dulu rajinlah nyinggah bila nak balik kg.. Tapi skrg laluan dah lain, so xde lah menyinggah lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestkan sha :) kak ana suka beno ke sini :)

      Padam
  8. tak sempat nak pergi semua tempat ini lagi....insyaallah satu hari nak juga ke semua tempat yang di kongsikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah suatu hari nanti sampai lah bersama akma dan cik puteri ,boleh makan stoberi lagi kan :)

      Padam
  9. banyak dapat trafik dari entry ini terima kasih kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semoga entri2 kita terus memberi manfaat buat semua. Aamiin :)

      Padam