Auto Fest 2016 Kuala Lumpur

by - Sunday, May 15, 2016


Auto Fest 2016 Kuala Lumpur



Semalam berkesempatan mengunjungi salah satu pameran dan jualan kereta serta motorsikal yang unggul disini, tak lain tak bukan ke Auto Fest 2016 Kuala Lumpur di Matrade Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur. Suami ana memang peminat motor dan kereta ni, dan kami ke sana bukanlah nak membeli pun, di luar kemampuan... sekadar melihat dengan dekat model-model kereta mewah serta pelbagai jenama motor-motor yang terkini.




Sambil temankan suami, tak lepas peluang meninjau sendiri harga-harga kereta mewah khasnya Audi yang memang menjadi igauan ana dari dulu lagi. Pergh!! Memang harga mampu tengok jelah... tapi bagi yang berkemampuan tak salah kan sebagai rewards pada diri sendiri.Mana tahu satu hari nanti, rezeki anak-anak dapat memiliki kereta mewah sebegini..In Shaa Allah.

Kalau nak bercerita tentang kereta ni, ana bukanlah orangnya...carilah info-info yang lebih tepat dari blog-blog khusus mengenai kereta seperti blog yang diminati suami ana, Paul Tan..memang lengkap dan penuh informasi menarik semua tentang kenderaan khasnya model-model kereta ni. Disini, ana cuma sempat kongsikan beberapa keping foto kereta dan motor yang ada di Auto Fest 2016 Kuala Lumpur. Paling tak bestnya setiap kereta tu ada sahaja model tak cukup kain :)Jom cuci mata di www.anajingga.com.


















Banyak lagi pelbagai jenama kereta mewah yang di pamerkan di sini termasuk juga untuk di jual.. malahan termasuk juga booth untuk aksesori motor dan kereta, tawaran plat nombor yang unik dan segala yang berkaitan motor dan kereta ada disini.Ok Meh layan motor pula...















Namun kami banyak habiskan belanja bukan beli kereta atau motor tapi anak-anak lebih banyak membeli belah di luar dewan pameran sebabnya di sana terdapat banyak food truck untuk menikmati pelbagai makanan yang sedap-sedap... :)Acara ini berlangsung selama tiga hari sahaja mulai 13 sehingga hari ini 15hb Mei 2016...



You May Also Like

12 comments

  1. hii memang eksploitasi wanita.. sikit-sikit guna wanita.. tak ada kaitan dengan kereta pun.. tapi memang mampu tengok je lah kereta tu..

    ReplyDelete
  2. Tudiaa macm macam jenis kereta ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Nani, cuci mata tgk kereta mewah ni haha

      Delete
  3. Replies
    1. Haha cik EN jalan2 cuci mata namanya ni :)

      Delete
  4. banyak motor dan kereta yang cantik-cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman suami kak ana je arz, dia minat tgk kereta motor semua ni :)

      Delete
  5. wow..bestnya kete2 yg dipamerkan

    ReplyDelete
  6. Aida x pernah gi exhibition gini.
    sebab x mampu ha ha ha...
    Tgk dlm tv ajer. Memang kta semua nyer terlajak best.
    kalau ada rezeki lebih nak juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai aida kakana pergi pun just jamu2 mata je memei tak mampu pung hihi :)

      Delete