sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 6 Mei 2016

Gambar Princess Charlotte Duchess of Cambridge di usia setahun


Comelnya, comel sangat wajah-wajah terbaru anak kedua dan puteri kepada Prince William dan Kate Middleton ni. Puteri comel ini bernama Princess Charlotte Elizabeth Diana membawa gelaran Duchess of Cambridge. Dilahirkan pada 2hb Mei 2014,berusia setahun ketika entri ini diterbitkan. Sebelum ini, ana pernah juga menerbitkan sebuah entri gambar-gambar comel Prince George, abangnya di SINI .Kedua-dua putera dan puteri Diraja Britain ni memang sangat comel.

Ana sememangnya sering kali mengikuti perkembangan keluarga Diraja Britain ni sejak dari kisah mendiang Puteri Diana lagi. Hinggalah ketika zaman kanak-kanak Prince William dan Prince Harry kemudian saat sedih kematian Lady D, di ikuti oleh perkahwinan Prince William dan Kate Middleton dan kini kehadiran Prince George dan Princess Charlotte. Hari ini ana kongsikan serba sedikit kisah Princess Charlotte Elizabeth Diana sebagai coretan kenang-kenangan.




Princess Charlotte Elizabeth Diana


Merupakan anak kedua kepada Prince William, Duke of Cambridge bersama isterinya Catherine , Duchess of Cambridge atau lebih di kenali sebagai Kate Middleton. Di lahirkan pada 2 hb Mei 2015, di Paddington, London, UK. Putera pertama baginda berdua ialah Prince George Alexander Louis, Prince of Cambridge yang kini berusia tiga tahun.Putera puteri ini merupakan cucunda kepada Prince Charles dan mendiang Princess Diana dan cicit kepada Ratu Elizabeth II .

Gambar-gambar ini di terbitkan sendiri oleh Kate sempena dengan sambutan Hari Lahir pertama Princess Charlotte yang di kongsi kan kepada umum. 








Gambar Keluarga Diraja Britain












kredit foto dari Google Image

13 ulasan: