sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 26 Mei 2016

Kari Kerang Bersama Kentang


Tengahari semalam terlebih rajin pula nak masak kari kerang.Lama sungguh tak makan kerang ni, sejak dua menjak harga kerang bukan main mahal ni lah. Ke kedai runcit belakang rumah dengan suami terpandang kerang agak sederhana saiznya. Ana tanya sekilo berapa? Jawabnya RM6.50. Murah lah juga berbanding sebelum ni sekitar RM12 ke RM 10 sekilo. Bukan apa, kerang ni berat kulitnya, saizpun kecil-kecil selalunya, tak berbaloi pula nak membeli. Kali ni jumpa yang saiz sederhana dan harga pun okay, ana terus beli.

Dan nak merendang macam leceh pula banyak proses.Last-last buat masak kari jelah. Suami pula nak ayam goreng kunyit, kenalah ada kuah kari buat basahkan nasi. Ana rebus air, bila mengelegak ,matikan api, masukkan kerang yang telah dibersihkan, tutup dengan tudung periuk yang tak berapa pandai menari..:) Ini antara cara untuk mengelakkan isi kerang kecut bila direbus dan kurang manis bila di masak.Petua lah juga kan, ana pelajari dari rakan lama yang berniaga nasi lemak sambal kerang di Ukay Perdana dulu. Sebabnya sambal kerang Kak Noor ni memang besar-besar isinya tak kecut.



Resepi Kari Kerang


Puaslah juga mengupas kerang sekilo ni bersama kak long.Kak long pun slow kan main mengupas kerang, ibu dah sepuluh dia baru tiga.. tak kisahlah ada juga pembantu.Namun macam biasa lah sambil kupas tiga masuk mangkuk,dua masuk mulut meratah kerang rebus.

Sebenarnya masak kari kerang ni sama sahaja masak kari lain seperti ikan,ayam,daging atau udang. Sama juga cara masak kuah mee kari, cuma bila masak kuah mee kari pastilah cair sedikit kuahnya kan. Semalam bila ana posting di Facebook, ada juga sahabat facebook yang bertanyakan resepinya, dan ana kongsikan di www.anajingga.com. Kadang kala senang dan mudah bagi kita namun ada juga yang tercari-cari di carian enjin untuk mendapatkan resepinya.Waallahu a'lam, semoga bermanfaat buat seseorang.

Bahan-bahan masak kari kerang:


Kerang - direbus,dikupas
Kentang - potong dadu ( untuk memekatkan kuah dan tambahan isian kari sahaja)
Bahan tumisan:
Bawang merah,bawang putih,halia - di tumbuk
Rempah kari daging
Serbuk cili (jika perlu)
Air asam jawa
Santan
Garam


Cara memasak kari kerang:


Bahan tumisan yang telah di tumbuk,gaulkan dengan serbuk rempah kari dan serbuk cili. Cairkan dengan air asam jawa sedikit untuk mengurangkan bau rempah.Panaskan minyak dan tumis sehingga pecah minyak.

Kacau selalu dan masukkan kentang. Kemudian bolehlah masukkan santan. Apabila telah mendidih barulah masukkan isi kerang dan matikan api.Kacau selalu dan rasakan dengan garam. Siap.. senang je kan.



28 ulasan:

  1. Emmm dapnya Ana..
    Buat Mee kari kerang pun sedapkan ..
    Lama akak tak makan mee kari kerang ni.
    Boleh tahan mahal harga kerang sekarang ni ye Ana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah boleh je sebagai kuah mee kari CH , sedapkan sesekali makan mee kari dengan kerang ni :)

      Padam
  2. Lama jugak x beli kerang ni kak ana, oo wani baru tahu petua tuh,, biasa rebus terus sekali dengan kerang, patutla nape kecut. Hii tq kak ana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye wani, dulu kak ana pun rebus sekali dengan kerang tapi tu lah isinya kecut dan hilang manis.:)

      Padam
  3. Sedapnyaa kak Ana. Tetiba teringat mee kari kerang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom nani masak mee kari kerang pula pasni :)buat juadah iftar

      Padam
  4. sedap2..ni kalau ada balance kan kak...sllu letak bihun ke mee ke..pun sedap..abah el lah ngajo buat cam tu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan El, letak je mihun atau mee dah jadi menu lain, buh lak taugeh sikit..wallaaaa :)

      Padam
  5. sedapnya kerang..biasa makan kerang sambal je, xpenah lg rasa kerang kari..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm boleh sahaja Mizz ErMa, rendang, sambal, kari dan masak lemak pun boleh :)

      Padam
  6. sedap-sedap..bila boleh singgah makan kat sana ya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh singgah CP, naik ETS turun stesen Rawang ,kak ana jemput :)

      Padam
  7. nnti nk try lah..xpenah masak lg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. try test tengok Sha, nanti hupdate kat belog :)

      Padam
  8. Errmmm sedapnya.. Nampak kerang tu macam besar juga... Boleh la try..selalu rebus aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak besar juga saiznya Diana, haa dah rebus tu, masakkan kari..sedappp :)

      Padam
  9. Kalau makan dengan mee, dah boleh jadi mee kari... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann kakcik buat juadah iftar nanti hihi :)

      Padam
  10. macam tingin je nak makan kerang ni ana sedapp lah kalau dpt yg isi besar tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kak noor adjust lagibagi lebih sedap, nanti share balik kay..master chef puan noor :)

      Padam
  11. sedapnya kari kerang tu..tp nak kupas kerang yg xbape rajin..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi samalah ami, kak ana pun malas gak tapi dah lama tak makan kerang ni gagahkan juga lah

      Padam
  12. terbayang cicah lempeng..nyummm

    BalasPadam
  13. Biasa buat sambal kerang jer kak ana..nnt nak cuba laa resepi kari kerang kak ana

    BalasPadam