sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 9 Mei 2016

Resepi asas Kek Mentega


Semalam, terlebih rajin pula nak membakar kek. Mula-mula cadang nak buat kek carrot tetapi tak cukup bahan pula, gula perang tak ada dalam stok kabinet.Maka ana buatkan sebiji plain butter cake mudah sahaja untuk sajian petang keluarga. Basic sangat penyediaan untuk membuat sebiji kek mentega mudah ni. Dan sebenarnya ini lah asas resepi sebiji kek. Dan tersaji lah sebiji butter cake yang di hidangkan panas-panas dari oven.


kek mentega



Resepi kek mentega 

 

Bahan-bahan untuk butter cake @ kek mentega


250g butter atau mentega ( ana guna buttercup)
250g tepung kek naik sendiri
180g gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar (pilihan- tak guna pun okay)
esen vanila

Cara-cara:


- Panaskan dahulu oven
- Pukul butter dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan esen vanila
- Ayakkan dahulu tepung kek, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Masukkan susu segar.
- Alaskan dulung dengan baking paper atau sapukan mentega pada dulang pembakar.
- Bakar dalam oven pada suhu 180' selama 45 minit atau tambah masa sehingga masak.


~ Selamat mencuba ~

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. sedap NH makan time panas-panas dengan teh O .. :)

      Padam
  2. Ana minggu lepas pun acik teringin nak buat kek carrot..gula perang tak de acik guna gula castor je Ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai acik, tak terfikir pula nak gantikan dengan gula kastor tu, pasni nak cuba lah acik, terima kasih ye bagi idea :)

      Padam
  3. Balasan
    1. kan Roziah, cepat di masak sedap di mamam hhihi :)

      Padam
  4. senang nak buat....antara rajin dengan malas saje

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah azie, kena tunggu mood rajin baru lah menjadi kan :)

      Padam
  5. simple je =) rajin dengan tak rajin je ni.. hehe

    BalasPadam
  6. simplenye bahan dia..bleh cuba..mgkin budk2 suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. simple sangat Sha, buat lah weekend ni :)

      Padam
  7. Sedapnya..lama dah x membakar kek

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah ,AJ pun lama gak tak membaking ni, baru ni start ada mood balik :)

      Padam
  8. tunggu masa dan mood nak buat jugak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha resepi kak noor pasti lagi wallaaaa.. :)

      Padam
  9. Balasan
    1. kan raihannah sedap makan homemade kek ni sekali sekala :)

      Padam
  10. Ni kek asas ni...
    minum ptg. Dgn kopi panas... nyamannnn...

    BalasPadam