Hidangan meat ball memang kesukaan anak-anak ana di rumah ni. Kalau malam-malam sebelum ni, ana sering kali juga ke Food Truck di Saujana Rawang untuk membeli meat ball. Tak lah mahal mana pun sebekas dengan empat biji meatball dan fries dalam RM5 lebih macam tu je. Tapi yang malasnya nak keluar malam-malam tu. Bayangkan dah lepas Maghrib tu,memang nak keluar rumah bencinta sangat kan.




Sekarang ni, ana senang dah sebab anak-anak dah boleh buat sendiri sahaja dirumah. Beli sahaja meat ball segera di pasaraya pastu goreng, gorengkan juga fries dan buat sendiri brown sauce nya. Mula-mula ingatkan susah nak buat brown sauce tu, rupanya senang sangat. Ana pun belajar dari sepupu ana, Lijah.



Ana hanya menggunakan KNORR Demi Galce Brown Sauce Mix ni sahaja, wisk atau mix kan dengan air dan didih atas api perlahan. Jika korang inginkan berperisa mushroom masukkan campuran cendawan atau mushroom soup dan jika inginkan black pepper pula masukkan sahaja black peppper sauce. Jika gunakan ianya sahaja pun sedap dah. Mudahkan. Boleh sahaja dapatkannya di mana-mana pasaraya terdekat. Peket ni memang besar dan boleh gunakan banyak kali.




So, inilah dia homemade meatball yang anak-anak ana buat. Sejak belikan brown sos ni senang dah depa pandai-pandai lah masak sendiri di rumah. Sesekali baru kita makan meatball kat luar kay 😁😁

18 Comments

  1. Wah senang kan macam nie,tq for sharing Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Sue, senang sesekali nak makan western kan :)

      Delete
  2. wah sedapnya..kalau pandai buat sendiri lagilah senang n jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Luqman, beli sekali boleh guna banyak kali :)

      Delete
  3. Lor, ada yang paket siap.. hehehe baru tahu ni

    ReplyDelete
  4. dulu pernah la jugak budak rumah ajarkan buat sos ala2 ikea tu. serius jadi walaupun main hentam je. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay janji jadi je cikkyra :) sodap di makan

      Delete
  5. Senang memang senang 😉
    .
    Tapi MSG memang banyaklah dalam tu
    .
    Sekali sekala boleh juga makan
    .
    Kalau selalu sangat, makan sikit kat kedai pun kepala dah pening sebab MSG banyak.
    .😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tak dinafikan, berpada-pada kan :)makan di luar memang penuh msg dalam setiap masakan

      Delete
  6. Sedapnyaaa kak Ana. Nani pernah gak try buat guna Knorr tu. Heheh

    ReplyDelete
  7. tq for sharing, AJ.
    mudah la sebab da tau dah ada.
    kekadang, mcm aida ni, tak reti sgt di dapur.
    kalau ada benda ni, semua benda possible kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah sangat Aida, sesekali nak mencuba kan

      Delete
  8. Selalu nampak tp x pernah beli lagi

    ReplyDelete
  9. Produk Knorr ni memang mudah. Yang penting semua produk Knorr berkualiti tinggi..hehe macam duta Knorr lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CP, kak ana yakin dengan produk Knorr ni bertahun dah kan di pasaran :)

      Delete