Ada dua versi orang makan Vietnamese Rolls ni, sama ada makan dengan sos pedas manis ala Thai tu atau pun sos lemak manis rasa mayo dan ketumbar. Kalau kak ana suka sangat makan dengan sos hijau mayo sebagai pencicah Vietnamese Rolls.

Sebabnya Vietnamese Rolls ni adalah makanan ala salad kerana bahan-bahan utamanya adalah sayuran dan suun celur di balut dengan kepingan rice paper. Bila makan salad atau sayuran ni, pasti lah kak ana suka cicah atau dipping saucenya ada mayonaise . Itu selera kak ana laa kan. 


cara buat sos mayo Vietnamese Rolls


Beberapa hari lepas, Adik Ika nak makan Vietnamese Rolls buat di rumah, jadi kak ana carilah bahan-bahan dan kak ana buat sekali sos hijaunya. Memang puas hati makan bila buat sendiri di rumah. Sos mayo nya juga sedap pada selera kami sekeluarga. 

Kak ana dapatkan resepi dari IG Reels dan sangatlah mudah penyediaannya. Cuma bahan kena ada semua tak leh nak derhaka nanti tak jadi gabungan citarasa sebenar sos mayo Vietnamese Rolls ampa. Meh laa kak ana share kan... 

Cara buat sos hijau mayo Vietnamese Rolls 



Cara buat sos hijau mayo Vietnamese Rolls


Bahan-bahan sos hijau mayonaisse Vietnamese Rolls 


150 g mayonis / yogurt asli - kak ana guna Mayo Kewpie anggaran dalam 5 sudu macam tu

2 pokok daun ketumbar

8 biji cili padi siam

2 ulas bawang putih

1 sudu kecil jus limau (2 biji limau kasturi)

2 sudu teh sos ikan / garam (ejas la ikut selera)

1 sudu makan gula melaka -dihancurkan


resepi sos Vietnamese Rolls


Cara menyediakan sos ketumbar mayo Vietnamese Rolls 

Sangat lah mudah sekali arung sahaja prosesnya dah siap boleh di jadikan bahan dipping sauce untuk Vietanamese Rolls ampa. Caranya : 

Kisar bawang putih, cili padi & daun ketumbar,mayonis/yogurt,sos ikan & gula melaka.Tuang dalam mangkuk,masukkan jus limau kasturi. Seimbangkankan rasa ikut selera.Siap!!! 

Kak ana buat awal-awal sos ni dan simpan sejuk dalam petiais, kemudian barulah gulung kan Vietnamese Rolls. Bila dipped dalam sos creamy pedas-pedas lemak ni dalam suhu sejuk bertambahlah kesedapannya.... Cuba naa... Semoga bermanfaat.. 

2 Comments

  1. Sedapnya nanti nak buat jugak la lama tak buat. Suka buat sendiri puas makan letak bahan banyak2.

    ReplyDelete
  2. Saya suka spring roll Vietnam ini. Tapi memang lebih suka pakai saus merah mereka. Yg hijau ini bukan tak suka, tapi Krn ada daun ketumbar, saya tak bisa makan 😅

    ReplyDelete