Ana pasti kalau pembaca setia www.anajingga.com ni mengenali ana peminta telenovela Filipina.Nak-nak lagi kalau lakonan Marian Rivera atau Kristine Hermosa, mau melekat depan tv sepanjang episod tayangan sehingga beratus episod. Sebelum ini, ana pernah berkongsi kisah drama siri sekitar tahun 2000 dahulu iaitu Pangako Sa' Yo lakonan Kristine Hermosa dan Jerico Rosales. Memag touching sangat drama ni, walaupun ana rasa dah berkali ulangannya ana ikuti.

Baru-baru ini, ada satu drama siri Filipina yang mengambil sempena atau remake semula dari siri Pangako Sa' Yo dan diberi nama The Promise di tayangkan di Astro Maya HD. Sedangkan dalam waktu yang sama, ana sedang mengikuti siaran ulangan siri Pangako Sa' Yo yang asal di Astro Bella. Namum... ana agak tidak tertarik untuk menonton remake The Promise ini kerana ianya disiarkan dalam Bahasa Melayu atau alih suara. Memang tak boleh nak feel sangat laa bila wajah Pinoy cakap Melayu kan. Dah macam menonton Detektif Conan je rasanya. Lagipun waktu siarannya jam 7 malam. Lagilah tak sesuai untuk ana ikuti.

Namun ana kongsikan juga sebuah entri untuk pengikut drama siri The Promise ini kerana terdapat banyak keywords search yang masuk ke anajingga.com untuk mencari info dan sinopsis drama baharu ni. Mungkin ia singgah dari keywords entri lama ana berkaitan drama Pangako Sa' Yo beberapa tahun yang lepas.


Image result for the promise pangako sayo 2015



Sinopsis drama The Promise ( Pangako Sa'Yo)


Kisah bermula dengan Amor de Jesus, seorang pelajar kejururawatan bercita-cita untuk menjadi seorang chef. Amor mendapat tajaan belajar dari keluarga Buenavista namun Amor berusaha sendiri dengan memasak dan menjual makanan di Punta Verde dan disitulah Amor mengenali Eduardo anak lelaki keluarga ternama Buenavista.


Persahabatan yang akhirnya membuahkan bibit percintaan antara dua darjat Amor dan Eduardo mendapat tentangan dari ibu Eduardo yang akhirnya berakhir dengan perkahwinan pilihan keluarga Eduardo dan Claudia Salameda.Amor dapati dirinya hamil anak Eduardo berasa amat kecewa dan selepas melahirkan seorang anak perempuan yang di beri nama Maria Amor, Amor ke Hong Kong untuk mencapai cita-citanya. Maria Amor di tinggalkan bersama ibu tirinya dan keluarga tirinya.

Syarikat perlombongan Buenavista yang dikendalikan oleh Claudia kemudiannya berlaku kecuaian sehingga terjadinya trajedi kejadian tanah runtuh yang mengorbankan keluarga Amor. Namun hanya Maria Amor yang berjaya diselamatkan oleh seorang anggota polis. Maria Amor dipelihara dan dibesarkan dengan diberi nama Yna atau Ynamorata.

Selepas 20 tahun, Maria Amor atau kini Yna Macaspac bertemu dengan Angelo Buenavista dan bermulalah konflik demi konflik dalam percintaan mereka. Tak banyak perubahan antara plot drama Pangako Sa'Yo yang lama dengan watak-watak dalam siri The Promise ini. Boleh dikatakan kisahnya masih serupa cuma watak karektor agak berbeza di mana dalam siri asal, Amor adalah orang gaji. 


Pelakon drama siri The Promise Pangako Sa'Yo


Kathryn Bernardo - Yna Macaspac-Buenavista / Maria Amor de Jesus
Daniel Padilla - Angelo Buenavista
Jodi Sta. Maria - Amor de Jesus-Powers / Amor de Jesus-Buenavista
Angelica Panganiban - Madam Claudia Salameda-Buenavista / Greta Barcial
Ian Veneracion - Eduardo Buenavista
Amy Austria-Ventura - Belen Macaspac 
Ronnie Lazaro - Francisco "Isko" Macaspac 
Andrea Brillantes - Lia Buenavista 


Image result for the promise pangako sayo 2015


Image result for the promise pangako sayo 2015


Image result for the promise pangako sayo 2015


Image result for the promise pangako sayo 2015


Related image

1 Comments

  1. Salam perkenalan.nice blog..sudi2 la lawat blog saya juga ya hehe..http://ceritaberemosi.blogspot.com/

    ReplyDelete