DASHING  satu jenama penjagaan lengkap untuk lelaki yang sangat mementingkan keterampilan dan gaya hebat Maskulin. Bagi lelaki metrosexual yang amat mengambil berat tentang gaya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, pasti mahukan sesuatu jenama yang boleh menjamin kualiti dan hasil pasti mempesona.Pilihan memang banyak di pasaran, namun kesesuaiannya yang perlu. Hari ini, ana nak perkenalkan buat semua lelaki Maskulin diluar sana yang ingin menjaga gaya tanpa mengabaikan kebersihan dan kesihatan rambut iaitu Syampu DASHING ELITE MEN.





SYAMPU ELITE MEN



Tidak seperti wanita, lelaki menggayakan pelbagai fesyen rambut dengan menggunakan bahan wax yang terdapat dalam minyak rambut, gel rambut, hair spray dan sebagainya. Kesan dari penggunaannya boleh menyebabkan kerosakan kulit kepala dan ketidak selesaan seperti kelemumur dan keguguran rambut. Namun usah risau, hero-hero tampan semua... Apa yang perlu digunakan oleh jejaka hebat cuma Shampu yang sesuai untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala lelaki iaitu DASHING ELITE MEN.




SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari!Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85% bersetuju bahawa Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.


Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Anti kelemumur dan Anti Rambut Gugur.

SYAMPU ELITE MEN- Anti kelemumur 




Dengan adanya SYAMPU ELITE MEN Anti kelemumur, anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.


SYAMPU ELITE MEN- Anti Rambut Gugur 




Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.

Ana pasti kedua-dua masalah rambut yang lazim di alami oleh kaum lelaki dapat di atasi dengan menggunakan salah satu variasi SYAMPU ELITE MEN  yang sesuai dengan masalah mereka.Ia nya mudah didapati di pasaran dengan harga serendah RM11.90 dari mana-mana farmasi atau pasaraya diseluruh negara. Jadi usah bimbang wahai jejaka tampan, kini anda boleh sahaja bergaya segak sambil menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing di https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik. ELITE merupakan subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING, yang menyempurnakan penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.

10 Comments

  1. Yazid suka la ni.. dia suka jenama dashing... Bagus jenama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dashing satu jenama yang dah tak perlu diperkenalkan lagi, pilihan hebat untuk lelaki kan Ena :)

      Delete
  2. Boleh try ni.. terutamanya yang anti gugur

    ReplyDelete
  3. fuyo dashing dah ada shampoo anti kelemumur. boleh try la lepas ni.

    ReplyDelete
  4. suka guna shampu ni. sejuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah CP, suami kak ana kata memang best guna :)

      Delete