Rahsia Style Rambut Kekal Bergaya Dengan ELITE

by - Tuesday, February 21, 2017


Wow!! Rambut Pacak!! Anak buah ana yang baru berusia enam tahun tu pun dah pandai nak bergaya rambut pacak. Kan main lagi suruh ayahnya sikat rambut pacak. Tu baru kanak-kanak kecil, belum lagi remaja dan jejaka segak di luar sana yang menggayakan pelbagai style rambut terkini. Segak naa.. tapi yang tak bestnya penat pagi-pagi buat fesyen rambut trending, tengahari dah runtuh haha. Tapi kini korang tak perlu risau lagi sebab adanya DASHING ELITE On The Go Hair Wax. Apakah keistimewaannya? Meh baca selanjutnya di www.anajingga.com .





ELITE On The Go Hair Wax




Tengok sahaja anak buah ana, Haris pandai menggayakan pelbagai style rambut terkini. Bukan main teruja sangat bila berpeluang menggunakan DASHING ELITE On The Go Hair Wax ni. Bukan sahaja sesuai untuk dipakai ke sekolah supaya rambut tersisir kemas, malahan apabila beriadah bersama kawan-kawan dan keluarga juga Haris boleh kekalkan style rambutnya dengan penuh gaya.


Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.





Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya. Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!


ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!


Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.





ELITE Spiky Web :

Warna pink lagii , Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.





ELITE Wavy Loose

Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!




ELITE Airy Wild

Airy Wild hadir dalam warna jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!



ELITE shiny Wet

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!



ELITE Rugged Matte


Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.



ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu.

Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.  

You May Also Like

10 comments

  1. Lelaki pun nak stylo2 skrg ni..

    ReplyDelete
  2. Banyak variasi. Mesti tak tau mana nak pilih ni. Hihi.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
  3. Dulu saya penah pakai minyak rambut nie, sebab baunya yang harum.. hihi

    ReplyDelete
  4. Banyak variasi ya.. Cantik pula tengok macam2 warna tu

    ReplyDelete