Tempat-tempat Menarik di Bandar Melaka

by - Friday, February 17, 2017


Ke Melaka ni entah kali ke berapa dah tak ingat, tapi memang banyak kali dah laa. Sejak dari anak-anak kecil lagi dah ke Melaka. Hampir ke semua tempat-tempat menarik di Melaka telah ana jejaki. Dari Taman Mini Malaysia, Taman Buaya, Ayer Keroh, Tanjung Bidara, sekitar Banda Hilir tu usah cakap lah naik hafal dah, Jonker Walk, Kampung Morten, River Cruise dan macam-macam lagi tempat-tempat yang best di negeri Melaka pernah ana singgah. Alhamdulillah.Kunjungan kali ini untuk tahun 2017 ni, ana memang plan cuti di resort sahaja.Dan hanya selepas check-out tengahari tu baru kami ke Bandar Melaka pusing-pusing seketika sebelum bertolak balik. 




Tempat tempat menarik di Bandar Melaka

Kalau kita ke Melaka tempat wajib pergi ialah Banda Hilir laa kan. Mercu tanda dia,tuu diaa kubu A Farmosa, kalau tak bergambar kat sini memang tak sah lah sampai Melaka. Makin hari makin cantik kawasan sekitar A Farmosa ni. Kalau hujung minggu berderet beca-beca berhias cantik dari pagi hinggalah ke malam. Memang meriah sangat. Yang terbaharu ana lihat di sini ialah signage #i@afarmosa tu. 




Kalau shoping mall di Bandar Melaka ni yang terulung ialah Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Dua-dua ni duk bersebelahan jalan utama sahaja. Di Dataran Pahlawan ni, ana suka ke Heritage tu. Memang seronok membeli belah cenderamata dan makanan seperti cencalok, dodol, gula melaka dan sebagainya sebagai buah tangan. 




Sekitar Banda Hilir ni pun banyak lokasi-lokasi yang kita boleh singgah secara percuma. Berswafoto dan makan angin dengan pelbagai tinggalan sejarah yang menarik. Bangunan tinggalan Belanda yang cantik berwarna merah sekitar Stadthuys pasti menjadi tumpuan ramai. Cantik sangat, cuma kali ni, ana tak larat dah menapak ke sana. Cuaca panas sangat ketika itu.




Kepala keretapi lama ni sekarang dah jadi kedai cenderamata. Kita boleh masuk ke dalam gerabaknya dan membeli pelbagai cenderamata yang dijual. Ermm harganya mahal sedikit dari di Heritage di dalam kompleks Dataran Pahlawan tu. Terpulang la pada bajet masing-masing kay.


Kalau bercerita tentang muzium ni, Bandar Melaka memang banyak sungguh muzium untuk di lawati dan yang wajib bergambar pastinya Muzium Samudera atau Flor De La Mar.



Depan Muzium Samudera tu,kita boleh juga membeli pelbagai cenderahati dan juga makanan ringan untuk di bawa pulang. Okaylah untuk banyak lagi check list tempat-tempat menarik di Melaka yang wajib dikunjungi korang boleh sahaja ke SINI . Inilah kembara ana di sekitar Bandar Melaka dan Banda Hilir ketika kunjungan terkini ana pada tahun 2017. 

Antara penginapan yang selesa dan menarik yang pernah ana diami ketika bercuti di Melaka ana kongsikannya di Shah Beach Resort, Klebang dan Mukmin Homestay Banglo 5 Bilik .

You May Also Like

16 comments

  1. mcm tahu2 je zie tgh plan nak pi melaka..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke, boleh la singgah mana2 yang best dalam entri kak ana ni Zie :)

      Delete
  2. Dah lama tak jalan-jalan kat Melaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Shikin , kak ana pun last dtg dua tahun lepas rasanya.

      Delete
  3. Wahhh kak ana ..cantik dah blog kak ana nampak sangat lama x menyinggah .. maaf ya kak ana huuu..

    Huu lama x pi melaka .....sekarang ni lagi banyak dah tempat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi baru je tukar template wani, melaka sentiasa ada tempat yang menarik untuk di kunjungikan :)

      Delete
  4. Hampir tiap mgu leya balik melaka... Hehe... husband leya org melaka.. Kadang dah taktau nak ke mane

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang melaka, selalunya macam tu kan, jarang masuk bandar melaka ni :)

      Delete
  5. Semua tempat yg Kak Ana listkan Bonde dah sampai... Bonde memang suka datang Melaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa ni tempat sekitar bandar melaka je Bonde :)

      Delete
  6. Paling best lepak dlm Muzium Samudera tu.

    Kak Ana jemput join http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-percuma-by-cik-candy.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah CC, sempat nanti kak ana join ye :)

      Delete
  7. Bestnya... lama dah tak singgah jenjalan kat melaka.. mesti dah bnyk berubah kan.. seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jemu jemu kan KK kalau ke Melaka ni :)

      Delete
  8. Replies
    1. ada kesempatan nanti leh la makan angin Melaka pula Cik Tie :)

      Delete