Tempat-tempat Menarik Di Melaka 


Melaka Bandaraya Bersejarah, entah kali ke berapa kami ke sini pun dah tak berapa ingat lima atau enam kali agaknya, namun tak pernah jemu-jemu untuk datang kembali.Ini entri penutup percutian keluarga ana ke Melaka pada 24-25 hb Oktober 2015 lalu. Alhamdulillah sangat menarik dan kali ini sempat ke beberapa buah tempat tarikan baru yang ada di Melaka yang belum kami jejaki. Sebagai panduan kepada mereka yang tercari-cari tempat yang boleh dikunjungi di Melaka, ana rangkumkan seberapa info yang ada.Mudah-mudahan dapat membantu.Memang benar, sebelum memulakan suatu percutian khasnya bersama keluarga, kita perlu ada beberapa info penting seperti ke mana ingin pergi, lokasi, kadar bayaran masuk dan sebagainya supaya melancarkan percutian. Jom teruskan pembacaan di anajingga.com.


Percutian keluarga kali ini kami menginap di sebuah banglo homestay lima bilik yang sangat selesa di Bukit Beruang .Entri penuh boleh baca di SINI . Selepas selesai check-in ,makan tengahari dan solat Zohor kami meneruskan perjalanan ke Banda Hilir, Melaka. Dan tempat wajib singgah tak lain tak bukan ialah Kota A Farmosa .Sekitar Banda Hilir semakin pesat membangun, di sini terletaknya Menara Taming Sari yang boleh kita naiki sambil menikmati pemandangan indah 360` di puncak menara yang  tinggi. Ana pernah menaikinya dahulu dan kali ini kami tidak menaikinya lagi.Jimat kos.


a farmosa


Di puncak Bukit St Paul , Melaka

Pemandangan dari atas bukit di A Farmosa


Alhamdulillaj berjaya juga mendaki puncak Bukit St Paul ni kali ini kerana selalunya memang malas nak naik, kali terakhir naik pun sewaktu masih single mingle dulu bersama kawan-kawan. Dari puncak bukit satu pemandangan indah sekitar bandar Melaka termasuklah Selat Melaka dapat kita lihat.

Kami teruskan bersiar-siar disekitar Banda Hilir hingga ke Jonker Walk. Menaiki River Cruise Melaka selepas waktu Maghrib dan harga tiket dah naik kepada RM15 untuk dewasa. Pengalaman menaiki River Cruise buat kali kedua ni tak banyak berbeza, masih mengemudi di sepanjang Sungai Melaka cuma persekitaran semakin pesat membangun dengan bangunan-bangunan moden.


stadthuys melaka
Sekitar Stadthuys ,Banda Hilir ,Melaka




Melaka River Front, laluan River Cruise




Menaiki kereta kuda selain beraneka beca yang cantik-cantik di Banda Hilir

Bergambar di hadapan Hard Rock Cafe, Jonkers Walk

Kami pulang ke homestay dan berehat manakala malamnya ada indoor games di kalangan ahli keluarga yang sangat meriah. Keesokkannya selepas sarapan di homestay yang kami masak sendiri bersama-sama dan check-out dalam jam 11 pagi, kami meneruskan semula lawatan ke Banda Hilir sekali lagi. Kali ini terus ke perkampungan Portugis. Namun hampa kerana tiada sebarang aktiviti yang ada di sana sekadar melihat pemandangan di tepi laut dan beberapa rumah kediaman penduduk yang berbangsa Portugis.Menurut salah seorang penghuni di sana aktiviti hanya ada pada waktu malam tertentu sahaja disini.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Kampung Morten dan disambut mesra oleh tuan rumah di Villa Sentosa, sebuah muzium hidup yang sangat istimewa dengan ciri-ciri tradisional Melayu. Di tepian Sungai  Melaka dan di kelilingi bangunan-bangunan moden namun Kampung Morten tetap utuh dengan konsep tradisi kampung Melayu Melaka. Baca kisah penuh Villa Sentosa di SINI .



perkampungan portugis
Pemandangan di perkampungan Portugis ,Melaka


villa sentosa,kampung morten
Villa Sentosa, Kampung Morten


Kembali ke Banda Hilir untuk makan tengahari di Kak Mah Asam Pedas, menikmati asam pedas daging tetel yang terkenal di sini. Kami mencari lokasi rumah terbalik Melaka di sekitar Plaza Mahkota, namun agak kecewa kerana terlalu ramai yang sedang menunggu giliran untuk masuk dan kami batalkan sahaja.Tiket masuk berharga RM15 dewasa dan suasananya sama seperti yang  terdapat di Rumah Terbalik Port Disckson yang pernah ana ceritakan di SINI .

Selepas membeli belah cenderahati dan belacan serta gula melaka untuk di bawa pulang dan masa masih awal, kami kembali ke Muzium Kesultanan Melayu di hadapan Plaza Mahkota. Tiket masuk ke sini dah naik RM3 seorang. Tempat wajib singgah kalau ke sini kan.


muzium kesultanan melayu melaka

Dan sebelum perjalanan pulang kami ke Pantai Klebang untuk singgah ke satu lagi tarikan baru di sini iaitu Muzium Kapal Selam. Baca entri penuhnya di SINI . Memang tak puas dan tak habis pun lawatan ke Melaka ni dalam masa dua hari satu malam.Melaka penuh dengan pelbagai tarikan dan banyak tempat-tempat menarik yang harus di kunjungi. Cuma perlu ada tenaga yang kuat untuk berjalan kaki dari satu destinasi ke destinasi yang lain di sekitar Banda Hilir dan sediakan sahaja wang yang mencukupi untuk masuk ke tempat-tempat yang dikenakan bayaran.




beca melaka
Waktu malam di Banda Hilir dengan beca yang cantik-cantik

Ana senarai kan di sini beberapa lagi tempat menarik yang ada di Melaka yang boleh dikunjungi dari carian di laman web.Rancanglah percutian anda sebaik mungkin agar dapat singgah ke seberapa banyak tempat-tempat menarik yang ada disini, In Shaa Allah.


Makam Hang Tuah
Makam Tun Teja
Perkuburan Belanda
Makam Hang Jebat
Makam Hang Kasturi
Perigi Hang Li Poh
Makam Sultan Hussein
Perigi Hang Tuah
Perigi Raja
Kota Kuala Linggi
A Famosa
Kota St. John

Masjid Selat 
Masjid Kampung Hulu
Masjid Tengkera
Porta De Santiago
Jonker Walk
Villa Sentosa
Tanjong Tuan
Kota St. John
Dataran Portugis
Kampung Chitty

Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Islam Melaka
Istana Kesultanan Melaka
Muzium Sejarah dan Ethnografl
Galeri Laksamana Cheng Ho
Muzium Sastera
Muzium Belia Malaysia
Galeri Seni PERZIM
Muzium Rakyat
Muzium Kecantikan
Galeri Layang-layang
Muzium Samudera ( Flor de La Mar)
Muzium UMNO

Muzium Warisan Baba dan Nyonya
Muzium Setem Melaka
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Asean
Zoo Melaka
Taman Burung

Taman Buaya
Dataran Sejarah
Taman Budaya Melaka
Muzium Orang Asli
Taman Ular dan Reptilia

Taman Rama-rama
Sungai Melaka
Menara Taming Sari
Dataran Pahlawan
Dataran Sejarah
Dataran Bandaraya
Pantai Klebang
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Puteri
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Kundor
Pulau Besar

~berkongsi tempat-tempat menarik yang ada di Melaka~


34 Comments

  1. Lamanya SA x pi Melaka kak...last pi bawak family jalan-jalan 2013 rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA tak jauh dah dari Seromban dan ke Melaka ni :)

      Delete
  2. ade 1 lagi mak ana dh try naik skypark kat the shore tuu? ., ;p

    ReplyDelete
  3. Masa study kat melaka belum sempat jalan-jalan seluruh melaka lagi. Sekarang ni baru rasa menyesal sikit tak terokai semua.Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sebenarnya kan HS untuk kita terokai, tambahan lagi sekarang hari demi hari pelbagai daya tarikan baru ada di sana :)

      Delete
  4. masa bru2 kawen dgn suami kita, suami kita org melaka, dia lalu bandar hilir ni, dia sikit xheran....yg kita ni terpana, terpesona, rasa tourist sgt setiap kali pergi sini...hihihihih kak ana pergi x makan ikan bakar kt pengkalan balak yg popular tuh? org kata best, kita xpernah gi lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha macam tu kisahnya aisyah, yelah orang Melaka apa nak heran kan kita je teramat teruja bila ke banda hilir ni, tak pergi aisya tak cukup masa nak singgah pengkalan balak, dua hari satu malam sekitar banda melaka je yang sempat :)

      Delete
  5. btw kalau kak ana pgi melaka lg bila2, singgah la kt alor gajah, dekat dgn balai bomba alor gajah, ada satu kedai makan ni, sedap sgt2 laicikang dia... kita teringat2 smpai skrg...da 2 tahun dah...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo siannya adik manja kak ana ni, lama dah kempunan lai ci kang alor gajah ye, sabar ye sayang tak lama lagi nak balik dah kan..bolehlah makan puas-puas ajak hubby kay :)

      Delete
  6. Asalam AnaJ..hard rock ada pula ya kat sana..hahah ni mesti brand dari Osaka Jepun..lawa lah Melaka kita ni..

    ReplyDelete
  7. nak lawat seharian pun rasanya tak larat..nak stay lah kat home stay kan..tertarik nak datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah Etuza bawa keluarga makan angin melaka pula sesekali :)

      Delete
  8. yeahhh!!! pantai puteri pon termasuk dalam list la...hehehe...saya duk dekat dengan kawasan tu kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah seronoknya Malinda tinggal dekat pantai, haah kak ana dapatkan list dari en google dan blog2 lain :)

      Delete
  9. Pernah p melaka sekali....besttt

    ReplyDelete
  10. Terbaeklahh kak Ana.. eh Kak Ana pun dok Melaka jugak ka..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah mommy, kak ana pii sana hujung bulan oktober lepas :)

      Delete
  11. Terasa rindu pulak dekat Melaka walaupun baru balik semalam... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zaf, kak ana pun baru balik macam tak habis melawat je, macam ada je yang tak singgah lagi kan hihi :)

      Delete
  12. Murni xpernah ke Melaka..inshaAllah kalau ada rezeki tahun depan nak ke sana..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pii MA :) In Shaa Allah ada rezeki sampai nanti kay :)

      Delete
  13. wah... ke melaka ke?
    welcome to melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha agak-agak orang melaka dah round habis tak aida tempat2 ni semua hihi :)

      Delete
  14. Cari jer mana2 tempat menarik... mesti masuk sini. Akak suka sgt.

    ReplyDelete
  15. saya suka pergi bercuti di melaka .. walaupun dah banyak kali pergi tapi melaka tetap tempat perlancongan saya ...22 hb ni saya ke melaka holiday time ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Madzlina, samalah kak ana pun suka ke Melaka ni, selamat bercuti ye :)

      Delete