Bekas Roti Untuk Peminat Deko English Style

by - Friday, March 10, 2017


Ana yakin ramai dikalangan wanita yang meminati tema dekorasi ruang dalaman rumah dengan berciri kan English Style. Serius memang cantik kalau betul-betul mengikut tema yang diimpikan. Adik ipar ana sendiri peminat dekorasi rumah bertemakan English Cottage ni. Kalau tak percaya, korang boleh singgah kat SINI skodeng naa. Namun bermula dari minat mendekorasi kini, Julia Alisya menjadikan minat sebagai menambah sumber rezekinya. 

Dekorasi Inggeris berkait rapat dengan seni kraf lukisan perkakasan rumah dengan teknik decoupage.Hasil seninya juga pernah di terbitkan di SINI .Dan yang terkini yang terhangat di pasaran dan tak henti menerima tempahan ialah bekas roti atau breadbin dengan decoupage bertemakan ala-ala Gardenia gitu.


bekas roti cantik


Bekas Roti Decoupage Ala-ala Gardenia 


Sempena birthday ana yang lepas, Julia Alisya menghadiahkan kakak ipar (the one and only) nya sebuah bekas roti ala-ala Gardenia yang cantik sangat tu. Mesti korang suka kan..lawa tau!! Nak guna pun sayang... Jadi benda yang bagus dan cantik-cantik ni tak best kalau kita sorok sengsorang. So , ana nak kongsikan lah dengan peminat-peminat seni hiasan rumah ala-ala Inggeris ni, korang boleh lah membuat tempahan dengan Julia dan melengkapkan lagi koleksi barang-barang English Style korang tu. Selalunya selain ruang tamu, dapur juga salah satu elemen penting dalam mendekorasi rumah kan. 




Saiz bekas roti ni mengikut saiz sebenar roti yang dijual sama ada yang panjang atau yang standard. Jadi boleh lah korang letak roti tu muat-muat je dalam bekas ni. Dan pilihan warna pun bukan setakad merah putih, Julia boleh memenuhi pelbagai warna mengikut citarasa pembelinya. Meh tengok beberapa tempahan yang pernah disiapkannya.








Dan bukan sahaja dengan tema Gardenia, korang juga boleh pilih design pelbagai yang menarik ikut citarasa masing-masing.






Huhu.. bergetar dah cik puan cik puan peminat deko English Style kan kalau melihat pelbagai koleksi cantik-cantik dari Julia Alisya Collections ni.  Dah terlanjur nampak balang kuih raya yang comel tu,meh tengok kat SINI , biar rambang mata lagi dengan design yang cun cun :).


Okaylah .. jangan marahhh naaa..kalau korang berminat dan ingin membuat tempahan, jangan malu jangan segan , lawati sahaja

 Facebook Julia Alisya Collections di


atau 

whatsapp : 012 - 5285077 




kredit foto-foto: Julia Alisya Collection

Noted : kepada yang mengambil gambar-gambar dari entri ini atau mana-mana entri harap kredit buat owner kay... :)




You May Also Like

12 comments

  1. Cantiklah! Boleh jadi deco pulak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la , sesuai utk peminat dekorasi Inggeris kan :)

      Delete
  2. ohoiii laaaa...gila cantik kak AJ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sally, kalau sally boleh tampal decoupage korea kut huhu :)

      Delete
  3. Amboi cantik betul dekorasi yang dibuatnya^^ kreatif sungguh

    ReplyDelete
  4. memang cantiklah, tapi kalau saya guna tak tahu tahan brp lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raihanah memang tahan sebab ia diperbuat dari kayu solid ni, berat :)

      Delete
  5. Salam, wahhhh cantik gila! Berapa ni jual?Bekas roti gardenia tema merah paling stylo~ suka3!!

    ReplyDelete