Ikan Bawal Mas Kukus Asam Boi

by - Saturday, March 04, 2017


Ikan bawal mas selalunya dijual ikut sekor-sekor sahaja. Jarang yang ditimbang kilo. Selalunya dalam Rm10 ke atas harga untuk seekor. Ikut pada saiz, kalau besar ana akan beli kalau kecil macam tak sepadan dengan harga abaikan sahaja. Baru-baru ni, ana beli seekor di pasaraya. Dalam RM 12 seekor tapi bersaiz besar juga. 





Ikan Bawal Mas Kukus Asam Boi


Lazimnya menu untuk ikan bawal mas ni kukus je la kan. Itu yang sedap sebab isinya lemak manis dan lembut. Kali ini ana nak kelainan sedikit dalam resepi kukusannya,ana campakkan dua biji asam boi. 

Bahan-bahan lain masih sama, hirisan bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili api dan ana suka tabur hirisan daun limau purut untuk aroma yang sedap. Kemudian campakkan dua biji asam boi, rasakan sedikit dengan garam dan lada sulah.

Letakkan sedikit air terus kukus sehingga masak. Ermm..ada kelainan rasa disitu, ada sedikit masam-masam yang terbit dari asam boi dalam kuahnya. Sedap la juga. Ana suka buatkan sambal kicap kalau makan menu berkukus ni, bukan apa sebab kukus ni selalunya kurang pedas kan, tak best sangat :) .





You May Also Like

8 comments