Ikan Patin Masak Tempoyak

by - Saturday, March 25, 2017


Lepas makan patin tempoyak di Temerloh hari tu, terngiang-ngiang keenakkannya lagi.Kisah nya ada ana kongsikan di SINI .Bukan senang nak dapatkan patin sungai macam yang di Temerloh tu, disini ana cuma boleh dapatkan patin dari kedai runcit. Di pasaraya pun tak berapa suka nak beli sebab takut dapat yang hanyir dan berbau bila di masak. Tapi kalau beli di kedai peniaga Aceh di taman perumahan ana ni, Alhamdulillah bersih dan tidak hanyir. Ikan patin ni selalunya ana masak asam tempoyak resepi dari arwah mak mertua yang ajar.





Patin Masak Tempoyak 


Senang je sebenarnya nak masak patin tempoyak ni. Ini versi resepi arwah mak mertua ana jer. Bahan yang ana gunakan cuma cili api, bawang merah, serai, kunyit hidup, tempoyak dan daun kesum. Dan pastilah kena ada ikan patinnya. Petua nak bersihkan ikan patin ni kalau ikut cara ana, bersihkan dengan bilasan air beras atau pun air asam limau. In Shaa Allah hilang bau hanyir.




Ana tumbukkan bahan-bahan bawang merah, cili api, kunyit hidup dan ketukkan serai. Masukkan tempoyak ikut laah nak pekat atau rasa masamnya. Gaulkan kesemua bahan dalam periuk. Masukkan ikan patin dan nyalakan api. Masak sambil mengacaunya perlahan sehingga mendidih. Ikan patin ni kejap je masak isinya kerana ia lembut. Bila cukup masak, masukkan garam secukup rasa dan masukkan daun kesum untuk aroma. Siap satu menu tradisional Melayu.

You May Also Like

12 comments

  1. fevret ni kak..lama x makan..adoyaii tingin lah pulak

    ReplyDelete
  2. sedapnya patin tempoyak..lama ngidam nk makan

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tak semua orang makan ikan air tawar ni kan Raihanah :)

      Delete
  4. Kecur air liur tengok. Hahah! Sedapnya kak Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani ni resepi orang Pahang, arwah mertua kak ana yang ajar dulu :)

      Delete
  5. Alahai,,menu febret ni..kecur uiii
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. betul tu Nad, lagi pekat lagi sedap kan :)

      Delete