Jom Masak Sizzling Mee Di Rumah

by - Tuesday, March 28, 2017


Antara menu feveret kalau makan di food court salah satunya ialah mee sizzling atau hot plate sizzling mee. Sedap makan berasap panas-panas kan. Pastu teringin pula ana nak try masak sendiri di rumah. Rasanya senang je kan, cuma bezanya kat rumah tak ada hot plate je la kan. Hentam laa Labu, buh je dalam mangkuk ada rasa ala-ala sizzling mee dah kira okay dah tu. Meh, ana nak share dengan korang kalau nak cuba masak mee sizzling di rumah versi www.anajingga.com..cukup sempoii.



Cara masak mee sizzling yang mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bawang putih
Halia
Ayam (di potong kecil )
Sayur sawi
Yee Mee
Cendawan Shitake (kalau yang kering direndam untuk lembutkannya)
Sos tiram
Kicap pekat manis
Tepung jagung
Lada sulah atau cili kering ikut citarasa masing-masing
Garam secukup rasa




Cara-cara masak kuah sizzling mee :


1. Ayam yang dibersihkan terlebih dahulu ana perapkan dengan kicap pekat dan sos tiram seketika. 
2. Bawang putih dan halia ditumbuk tak terlalu lumat.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia, kemudian masukkan isi ayam dan gaul           rata.
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat manis dan masukkan lada sulah atau cili kering.
5. Masukkan sedikit demi sedikit air agar tidak terlalu kering. Dan kemudian masukkan air untuk           kuahnya mengikut banyak yang diperlukan.
6. Apabila mendidih sekali masukkan cendawan shitake dan batang sawi yang diasingkan terlebih          dahulu.
7. Setelah empuk bahan-bahan utama, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan                 kuahnya.
8. Akhirnya masukkan sayur sawi supaya tidak terlalu masak nantinya.
9. Kalau korang suka telur, masukkan juga ketika kuahnya masih panas tu sebabnya di rumah tak ada     hot plate yang boleh memasakkan telur. Ana tak letakkan pun telur dalam kuah mee sizzling ni.
10. Untuk yee mee tu, ana celurkan seketika sebelum tuangkan kuahnya ke atas yee mee. Siap dah :)



You May Also Like

14 comments

  1. Wahhh sedapnya. Lagi jimat masak sendiri dekat rumah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia lebih kurang kat food court tu juga Nani, hihi cuma tak ada hotplate je :)

      Delete
  2. Nampak sedap.. rajinnye masak sizzling.. lapar pulak rasa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try masak sizzling kat rumah Lea :)

      Delete
  3. Sedap la AJ..suka makan sizzling tau
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar cuba , nanti update kat janjikita hihi :)

      Delete
  4. Senang je.. blh la cuba2 buat juga lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang MF, bahan pun tak banyak yang diperlukan :)

      Delete
  5. resepi yang sempoi tapi menyelerakan, :)

    ReplyDelete
  6. senang je rupanya, boleh buat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je Raihanah , cuba la kay :)

      Delete
  7. Selalu order kat kedai ni.. bila sampai semua orang tengok sebab banyak betul asap keluar lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha berasap sebab ada hot plate, kat rumah cool je makannya DC :)

      Delete