Akhirnya Berbuah Juga

by - Sunday, April 23, 2017


Rasanya kalau tak silap ana, hampir empat tahun juga kami menanam pokok belimbing buluh ni di belakang rumah. Suami ana belinya di nurseri Sungai Buluh. Sampai dah meninggi juga pokoknya namun tak sekalipun direzekikan untuk berbuah lagi, bunga pun tak lekat. Namun dengan izinNya, beberapa bulan lepas, pokok belimbing buluh ni lebat berbunga, dan Alhamdulillah berbuah juga akhirnya. Lebat pula tu..




Petua untuk pokok yang lambat berbuah 


Berbagai petua juga kami lakukan untuk ikhtiarkan supaya pokok belimbing buluh ni berbuah, walaupun kita tahu, semuanya dengan izinNya juga namun tak salah kita berusaha kan. Mana tahu ada yang berhasil dengan izinNya. Jadi ana nak kongsikan disini beberapa petua yang suami lakukan untuk pokok belimbingnya berbuah. 

Mula-mula seperti biasa la,kami tabur baja buah dikeliling pokok ni. Beli baja di pasaraya dan juga nurseri Sungai Buluh. Kat pokok lain kami tabur, Alhamdulillah berbuah, tapi pokok belimbing ni belum lagi membuahkan hasilnya. Redho je lah kan.

Kemudian ada juga yang beri petua, gantung selipar pada pokok. Tak tahu la ana, apa kaitan selipar dengan pokok. Tak buat pun haha :) Ada juga jiran yang bagi petua, letak rumput-rumput kering di keliling pangkal pokok. Jadi bila membersihkan rerumput di sekitar, kami pun longgokkan di pangkal pokok, hihi...tak nampak juga hasilnya.

Dan yang terkini pula sebelum berbuah, suami ana letakkan beberapa biji buah belimbing buluh pemberian kawan sepejabatnya di pangkal pokok tu. Kata suami lagi,kawan dia siap pesan,supaya bercakap kat pokok tu,nanti berbuah macam ni ye..lawak lerrr.

Dan semalam ketika membuat sedikit research tentang petua-petua untuk pokok yang lambat berbuah ni, ana ada terbaca,seorang makcik ni memukul dan marah-marah pada pokok sambil mengugut untuk menebangnya jika tak berbuah lagi. Allahu... seram pula ana baca kan. Tak lojik akal langsung.

Ana yakin, antara petua yang kami lakukan yang mungkin menggalakkan pokok belimbing berbuah ialah mencantas dahan-dahan pokok supaya tumbuh merendang. Bila banyaknya pertumbuhan dahan-dahan rendang tak mustahil ia membantu proses mengeluarkan bunga dan dari bunga terhasillah buah. Mak ana juga menyuruh ana menyiram air basuhan beras atau air basuhan ikan di pangkal pokok. Secara lojik akalnya, kemungkinan sumber zat-zat dari bahan-bahan tersebut dapat menggalakkan pokok untuk berbuah.

Apapun, segalanya adalah dengan izibNya yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Hari ini, pokok belimbing buluh telahpun mengeluarkan buah dengan lebat. Ana sering beri kan kepada jiran-jiran kalau mereka teringin nak masak dengan buah asam belimbing. Antara menu yang ana pernah masak dengan buah belimbing buluh ni antaranya sambal tumis dengan ikan bilis, masak lemak telur itik, sambal goreng dengan ikan bilis. Dan yang teringin nak try masak ialah sambal hitam Pahang tu. Belum berkesempatan lagi sebab bila ana Google, proses memasaknya makan masa dua tiga jam juga. Malas laa pulak nak berjam duk dapur ni hihi. Semoga pokok belimbing buluh ini akan terus berbuah dan berkongsi manfaat dengan jiran dan saudara mara, In Shaa Allah

You May Also Like

2 comments