Tak sangka sedap juga bila di bakar, ikan bawal mas ni rupanya. Selalunya kalau beli ana akan kukus sahaja lah menunya. Ana pernah kongsikan resepi ikan bawal mas kukus dengan asam boi di SINI . Memang sedap di kukus sebab isinya lemak dan lembut. Cuma ana cadang nak try and error, jadi ana cuba bakar pula kali ini. Dan hasilnya..sama sedap macam di kukus juga.



Ikan Bawal Mas Panggang

Ana basuh bersih ikan bawal mas,kemudian lumurkan dengan kunyit hidup dan garam. Balut dengan daun pisang atau kalau korang ada aluminium foil pun boleh juga gunakan. Bukan apa, ikan bawal ni jenis kulit lembut dan melekat pada pembakar atau kuali korang nanti. Lagipun bila balut dengan daun pisang aroma tradisionalnya memang best.

Bakar dan pusing kan kedua-dua bahagian beberapa kali supaya masa sekata isinya. Tak lama sangat masa membakarnya. Untuk menambah keenakkan,ana buatkan air asam kicap. Air asam kicap ana pun mudah sangat nak sediakan. 

Air Asam Kicap 

Ana potong dadu bawang merah, cili api dan buah tomato. Masukkan kicap lemak manis dan perahkan asam limau nipis atau limau kasturi. Ikutlah apa yang ada kan. Kemudian rasakan sedikit dengan garam dan gula.Siap memang sedap di makan dengan ikan bawal mas panggang ni. Cuba lah ye :)

8 Comments

  1. sedap, ada juga beli2 ikan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Raihanah, panggang pun rasa lemak manis isi dia :)

      Delete
  2. SA selalu masak kari Kak Ana...boleh la bakar lepas ni...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Makan camtu je pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, cukup dah makan dengan nasi panas :)

      Delete