Kalau musim hujan atau selepas balik dari kampung dengan kain kotor berlambak nak cuci, ana selalunya ke dobi layan diri di Saujana, Rawang ni sahaja. Bukan lah hari-hari kan, dah ada mesin basuh, basuh je kat rumah lagi laa jimat. Dalam situasi ekonomi sekarang ni, mana yang boleh jimat kita jimat kan, lain lah macam kes-kes terpencil kan hihi :) Eh, cop! Ana bukan nak cerita dengan korang pasal ekonomi atau kedai dobi tapi lagi best dari tu...kisah pekerja nya yang kuat tido, bukan nak kerja tapi tido je kerjanya...




Haa..inilah budak yang ana maksudkan tu, eh budak ke? Hihi.. budak comel kaler jingga ni. Sekali pandang sama macam Jingga, kucing ana dahulu yang dah tak ada lagi di dunia ni. Tapi warna Jingga ada belang-belang tompok oren kuat lagi. Saiz badan dan sado sama macam Jingga mama dulu tu. Cuma budak oren ni berat ya amat bila ana angkat ke riba. Tinggi lampai orangnya..cewahh jadi ana gelarkan dia Patah Hamin jer.. okay tak? Haha..Jangan marah ye peminat Fatah Amin..





Kalau korang nak tahu kan, budak Patah ni, ada je setiap kali ana ke Dobi Layan Diri ni. Dah macam staff kat sini je, walaupun dobi ni memang tak ada staff pun. Nama lagi layan diri kan. Tapi jarang ler yang tak tido nya. Syok agaknya..Dah la ada kipas angin berpusing memanjang, ada pula port tidur yang selesa, kat mana..kat meja tempat orang lipat kain tu laa tempat beradunya. Rezeki dia la kan dapat port lepak selesa macam ni. Nasib laa free kan, comel ler awak ni.




Gambar-gambar dalam entri ni semuanya hari yang berbeza tau, tapi ye laa budak Patah ni tak tukar baju, jadi nampak sama jer laa kan. Hihi :) Dan setiap kali datang nak cuci pakaian setiap kali itu lah dia tidur dengan pelbagai aksi. Memang comel sangat. Sementara ana menunggu siap cucian, ana ambil lah dia duk atas riba, belikan makanan kat 7Eleven sebelah dobi tu kadang-kadang. Dia bangun la kejap, pastu dah kenyang sambung tidur semula. 

Suka ati ko laa Patah, nasib badan. Mujur juga dia tak mengotorkan premis ni, pandai bawa diri. Kalau peminat kucing macam ana ni, jumpa kat mana pun ada je kisah depa yang nak dikongsikan. Jadi kisah ana kali ini ialah staff dobi yang suka tidur... :)

10 Comments

  1. AHhahahaha... kucing-kucing.. sebab tu lah amer suka sangat kucing nih... comel sungguh.. sdia punya karenah sampai amer boleh buat cerita hahahaha

    New chapter of Being Me : http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/being-youngest-son.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Amir,macam-macam kerenah depa yang menghiburkan hati kita :)

      Delete
  2. Alahai.. comel je penjaga dobi nya.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha....slumber je Patah tido ya...mata pejam tapi pasang telinga tu kak...malam kerja lain...siang tu ngantuk je si Patah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidoq memanjang si Patah ni PC, setiap kali pi mesti tido, badan dia berat ya amat bila kak ana angkat hihi :)

      Delete
  4. Lor...ingatkan ada anggota dia yang patah.

    Ghupernya sebab dia handsom cam Fatah Amin eker..ker..ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut saiz dia tinggi lampai budak tucen ni, hencem lak tu, sesuai la kak ana bagi nama Patah kan :)

      Delete