Nasi Goreng Kerabu

by - Sunday, May 14, 2017


Bunga kantan banyak pula yang kembang di belakang rumah. Nak masak laksa kemalasan sedang melanda jiwa raga ku. Kemudian  terfikir pula nak buat nasi goreng sahaja. Senang kan. Buat menu makan malam. Jadi ana ramuan kannya menjadi nasi goreng kerabu sempoi style anajingga.com.




Resepi Nasi Goreng Kerabu


Bahan-bahan :

Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Udang kering ( jika suka )
Cili api
Serai
Bunga Kantan
Kacang panjang 
Kobis
Ulam-ulaman lain iku suka nak letak (cth: kacang botol, timun, lobak )
Garam
Minyak masak 
Nasi (sejuk dan leraikan)

Caranya :

Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api, udang kering - ditumbuk sebati.
Bahan-bahan ulaman seperti serai, bunga kantan, kacang panjang,kobis dan ulam-ulaman lain di hiris halus.
Panaskan minyak tumiskan bahan yang di tumbuk tadi. Kemudian masukkan bahan-bahan ulam. Masukkan nasi dan kacau sebati. Rasa kan dengan garam dan siap. Resepi ni mudah tapi memang sedap di makan dengan telur mata, letakkan kicap pekat manis. Wallaaa..


You May Also Like

14 comments

  1. Sedapnya Kak Ana.. Dah macam nasi ulam pula.. Meriah dengan ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Sha, macam nasi ulam cuma ni kita goreng kan pula kan :)

      Delete
  2. Terima kasih resipi nasi kerabu yg sedap..daptlah aply

    ReplyDelete
  3. Memang sedap nasi goreng ni..lagipun lengkap nutrisinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak mala, ana suka makan dengan telur mata kerbau je :)

      Delete
  4. sedapnya.. wangi bau bunga kantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Zaf, kak ana peminat bunga kantan ni :)

      Delete
  5. menarik...boleh try masak sendiri nanti hehe (kalau rajin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi agak-agaknya bila rajinnya sampai ye arz hihi :)

      Delete
  6. my fav nii...igt masa form4&5 dulu duk asrama..malam2 g kuarters cikgu..wife cikgu jual ni..sedap sgt..suka bunga kantan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh mengimbas kenangan rupanya Sha :) Nanti try la masak semula kay :)

      Delete