Resepi Kek Kukus Coklat Paling Mudah

by - Friday, May 05, 2017


Antara kek yang paling ana suka sangat ialah kek coklat lah. Sejak dua menjak terlajak suka pula makan kek coklat moist. Paling senang ana beli je kat kedai runcit jenama Samudera tu, memang moist sangat kek dia, isi dalam fridge lak, lagi laa heaven. Harga pun murah je sepeket cuma 
RM 2.50 . Tapi kan..macam teringin pula nak try buat sendiri kek coklat moist ni. Ana nampak sepupu ana, Halijah post kat FB dia buat kek kukus coklat, laju je minta resepi. Lepas Ija bagi resepi, ana pun ke pasaraya beli bahan dan ajak Kak Long buat. Senang je rupanya resepi Ija untuk kek kukus coklat ni. Bahan pun mudah, cara pun senang, cuma blend dan kukus sahaja. Meh ana kongsikan dengan pengunjung www.anajingga.com resepi kek kukus coklat sukatan cawan, cuma blend dan kukus. Semoga bermanfaat untuk semua..In Shaa Allah.



Resepi Kek Kukus Coklat Sukatan Cawan 




Bahan-bahan : 

Telur 3 biji
Gula 1/2 cawan
Minyak Masak 1 cawan
Susu Cair 1 cawan
Susu Pekat Manis 1 cawan
Serbuk Koko 1 cawan 

- Kesemua bahan-bahan ini letak dalam blender dan blend sahaja. 




Diikiuti 

Tepung Gandum 1  1/4 cawan
Baking Powder 1 sudu teh
Soda Bikarbonat 1 sudu teh 
Atau kalau gunakan tepung kek tak perlu baking powder dan soda bikarbonat lagi 




- Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang telah di blend tadi.Gaul sebati dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. 




Cara buat  topping coklat  moist atau garnish 


Coklat masakan campurkan dengan susu pekat atau kalau nak letakkan butter pun boleh juga. Cairkan di dalam periuk dengan teknik double boiling. Sejukkan dan tuang ke atas kek kukus coklat. 




Dan hasilnyaaa tadaaaa!!! 



Selamat Mencuba semua.. sedap tau resepi ni 💗💗

You May Also Like

2 comments