Ucapan Adi Putra Buat Anajingga.com

by - Wednesday, May 17, 2017


13hb Mei 2017, pertama kalinya ana menyertai program tahunan Sepetang Bersama Blogger 2017 atau lebih mudah dikenali dengan singkatan SBB2017. Ini merupakan program atau event blogger kali kedua yang ana sertai selepas Forum Blogger di PWTC tahun lepas. Memang seronok, banyak perkongsian ilmu dalam dunia media digital dan penulisan blog, di samping merupakan platform pertemuan face to face antara bloger dari seluruh Malaysia,berkampung di Matic, Kuala Lumpur. Ana akan kongsikan kisah SBB 2017 di entri akan datang , In Shaa Allah kerana banyak gambar yang perlu di edit terlebih dahulu sebelum di terbitkan.

Dalam aturcara SBB 2017, awal-awal lagi telah di war-warkan oleh orang-orang kuat SBB2017 seperti Kid dan Eizil akan kehadiran Adi Putra sebagai salah seorang penaja program. Wahh!! Berbunga-bunga dalam hati ni, nak bersua dengan pelakon feveret ana. Sempat usya-usya program Adi Putra akan beri talk di sebelah siang. Ini kerana ana hanya membeli tiket untuk sessi siang sahaja. Namun, ketika bertemu dengan Kid dan Eizil di Matic petang tu, last minit pertukaran program, Adi Putra hanya akan datang sebelah malam Gala Dinner.Alaaaa...keciwanyaaa

Tapi kan siapa sangka, pepagi Ahad dapat kiriman whatsapp dari adinda blogger ana, siapa lagi Arz Moha tuan punya www.arzmoha.com. Katanya ada surprise untuk kak ana. Sekali tengok tuuu diaaa!! Video ucapan dari Adi Putra buat anajingga.com.... Huwaaaa!!! Terima kasih Arz, memang best sangat surprise ni, hadiah dari seorang adik buat kakaknya. Ana kenal sangat Arz ni pemalu orangnya. Dah dua kali jumpa, pernah datang rumah memang pemalu adik ana ni, tapi agaknya demi nak hadiahkan kakaknya sebuah video istimewa, sanggup lah minta Adi Putra buat ucapan khas. So sweet adinda. 

Korang nak dengar tak apa ucapan Adi Putra untuk anajingga.com..sekalung doa dan ucap selamat dari pelakon yang amat ana minati setiap lakonannya.






Berbunga-bunga hati kita tau huhu :) Apapun,terima kasih buat Arzmoha yang sempat juga hadiahkan kakaknya video ucapan istimewa ini dan terima kasih sangat buat Adi Putra begitu spotting sampai ucapan buat ana. In Shaa Allah mungkin di lain ketika nanti dipertemukan jua. Semoga Arz dan Adi Putra sentiasa di dalam RahmatNya dan cemerlang dunia akhirat, Aamiin.

You May Also Like

16 comments

  1. Replies
    1. hihi terima kasih pada arz moha dan adp yang sudi buat ucapan untuk blog picisan anajingga dot com ni MAMAPP :)

      Delete
  2. Replies
    1. bergetar tulang rusuk haha Nani :)

      Delete
  3. Seronok lah tu..hihihi.. tak jumpa, dapat video pun seronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jadilah Sue, hadiah istimewa dari adinda arz buat kekandanya :)

      Delete
  4. mesti senyum sampai telinga..hehe

    ReplyDelete
  5. Wahhhh best2.. tahniah kak AJ :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Khir tumpangkan kak ana ke SBB 2017 :)

      Delete
  6. tahniah kak anajingga...semoga terus maju dan berjaya semoga dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sangat-sangat arz, hadiah yang paling best kak ana terima kali tahun ni :)

      Delete
  7. alaaa nape Kak Ana tak swaphoto dgn AP hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak datang Gala Dinner tu Bonde hihi :)

      Delete
  8. Replies
    1. ya Kak Mala..seronok sangat hihi :)

      Delete