Menu Petang Roti Puri Cicah Sambal Sardin

by - Friday, July 21, 2017


Dah lama dah teringin nak masak roti puri ni. Kadang-kadang pergi restoran mamak, cari menu ni jarang yang ada. Kalau balik kampung tu, mak dengan mak saudara ana yang rajin menguli tepung masak roti puri ni. Makan dengan kari ayam pun sedap tapi feveret kami sekeluarga cicah dengan sambal sardin, memang heaven sangat kan sebagai sajian petang dengan teh o .Bila Along Aisyah, kakak angkat ana posting kat facebook nya terus ternampak dia posting sekali resepi dan cara nak masak roti puri ni, ana pun bersemangat nak cuba sendiri. Alhamdulillah..menjadi gemoks roti puri kami dan ana seronok nak share kan dengan pembaca www.anajingga.com tersayang. 



Resepi Roti Puri 


Bahan-bahan roti puri ;

2 cawan tepung gandum
1sudu teh  yis kering mauripan
1sudu teh gula
3sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas

Cara membuat roti puri : 

1. Campurkan kesemua bahan kecuali air panas ( suam sedikit bukan terlalu panas) ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata sehingga menjadi serbuk roti.



2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. 
3. Apabila adunan tidak melekat pada jari,jadikannya sebiji doh.


4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup.Selepas doh mengembang,canaikan dan potong kepada kepingan kecil. Ana gunakan permukaan cawan sahaja sebagai acuannya. Boleh juga di bulat-bulat kecil dan canai. Sama sahaja untuk mendapatkan bentuk bulat puri.




5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Gorengkan kepingan roti puri dan balik-balikkan.Puri akan menggelembung bila di goreng. Semasa menggoreng teruskan siram minyak ke atas permukaan puri supaya glembungnya cantik terbentuk.



Puri yang cantik terhasil apabila ia kembung di kedua-dua bahagian depan belakang. Selamat mencuba. Puri ni sedap di makan dengan kuah kari, sambal sardin atau sambal tumis ikan bilis pun tak kurang juga sedapnya. 



You May Also Like

12 comments

  1. SELAMAT PG JUMAAT
    SINGGAH SINI
    SEDAPNYA SARDIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. sardin ni feveret kak ana NH hihi :)

      Delete
  2. lama tak buat roti puri ni..sedapnya minum dengan kopi o panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan aida makan petang dengan kopi o :)

      Delete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa kahabar dan salam jumaat dari Maznee

    Macam ni rupanya cara buat roti puri

    Kalau bakar dalam oven ok tak sis?

    Sebab goreng macam banyak minyak pula

    Bakar oven mungkin ambil lebih banyak masa

    Tapi minyak tu kurang pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam , tak pernah pula dengar orang bakar puri Mazni hihi :)

      Delete
  4. Wahh sedapnyaa kak Ana. Hari tu Nani try buat tapi tak jadi gelembung. Hahah! Lepas tu terus tak semangat dah nak buat lagi. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani, ada ketikanya tak gelembung gak Nani, tapi kena try juga sampai dapat hihi :)

      Delete
  5. Nampak macam senang jer nak buat tu kak ana...nanti SA try

    ReplyDelete