Cucur Kelapa Cicah Sambal Tumis Sajian Alas Perut

by - Monday, August 21, 2017

Malam Sabtu lepas, berlangsungnya pembukaan rasmi Temasya Sukan SEA di Stadium Bukit Jalil dengan penuh gilang gemilang sekali. Kami cuma menontonnya sekeluarga di rumah melalui Astro Arena HD. Memang grand sangat kan, dan bangga sungguh dengan kejayaan atlet-atlet tanahair berjuang mengharumkan nama negara. Tengah syok layan rancangan tu, suami bisik kat ana, lapar la pulak..adoi...nak masak mood dah ke Sukan SEA..

Ana masuk dapur hadap kabinet, tengok apa yang boleh dijadikan menu ringkas malam kami.Ada tepung gandum dalam balang, ada kelapa parut dalam freezer. So..kita buat cucur kelapa, dan kebetulan ada sambal tumis lebihan tengahari tadi, kita cicah je sambal tumis petai. Ana pun ke dapur dan mencucurkan kelapa kita untuk dinner malam ni.



Cucur kelapa ni senang sangat nak buat, resepi dan bahannya sama macam kita masak lempeng, cuma untuk cucur kita perlu keraskan sedikit adunan tepungnya. Ana cuma bancuhkan tepung gandum, sedikit garam, kelapa parut dan gaulkan dengan air sehingga adunan boleh di sudukan.

Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorenglah sesudu demi sesudu. Angkat dan toskan minyaknya. Sedap juga di makan dengan cicah sambal tumis atau pun cicah gula sahaja. Ermm..ni sebenarnya resepi kegemaran arwah ibu saudara ana ketika kami kecil-kecil dahulu. Kena pula dengan kopi O, memang heaven.

You May Also Like

10 comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam isnin yang ceria ana jingga

    jompot hampas ni

    Saya suka makan goreng bagi garing

    Memang rangup

    Makan dengan sambal

    Meleleh air liur


    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mazni, tapi kak ana tak buat dengan hampas kelapa tau, guna kelapa parut je hihi :)

      Delete
  2. Kalau kak cicah gula saja. Sedap makan panas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga tu Kak Mala, cicah gula kan :)

      Delete
  3. Kawan kan pula dengan teh panas. Fuh memang terangkat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang kena dah tu Khadeejah :)

      Delete
  4. Ya Allah kenangan betul. Masa kecik2 dulu selalu mkn tapi versi manis...sedap jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nur Sabrina, memang menu nostalgia kan :) Boleh je versi manis atau nak pedas cicah sambal tumis :)

      Delete
  5. Mak aii ada petai tu kak ana..dapnyer lama tak mkn sambal.petai huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Lya, menggoda sungguh si petai tu kan :)

      Delete